Yakobus 2 - Alkitab Versi Borneo

Pilih kasih dilarang

1Saudara-saudaraku, sebagai orang yang beriman kepada Tuhan kita Yesus Kristus yang mulia itu, janganlah amalkan sikap pilih kasih.

2Andaikan dua orang datang ke tempat pertemuanmu, yang seorang kaya, berpakaian mewah, bercincin emas; yang seorang lagi miskin, berpakaian buruk.

3Kamu menyambut orang yang berpakaian mewah itu dengan hormat sambil berkata, “Silakan duduk di tempat terbaik ini.” Sebaliknya, kepada orang miskin itu kamu berkata, “Berdiri di sana” atau “Duduk di atas lantai dekat kakiku.”

4Dengan demikian, kamu membeza-bezakan orang dan menjadi hakim yang berfikiran jahat.

5Ketahuilah, saudara-saudara yang kukasihi, Allah telah memilih orang miskin di dunia ini menjadi orang yang kaya dalam iman. Mereka akan mewarisi kerajaan Allah sebagaimana telah dijanjikan-Nya kepada orang yang mengasihi-Nya.

6Kamu menghina orang miskin, sedangkan orang kayalah yang menindasmu, menyeretmu ke mahkamah,

7dan menghina nama mulia yang kamu terima daripada Tuhan.

8 Oleh itu, Abraham dipanggil sahabat Allah.

24Nyatalah bahawa seseorang itu diperbenar kerana perbuatannya, bukan imannya semata-mata.

25 Yos 2:1-21. Demikian juga dengan Rahab, wanita pelacur itu. Rahab diperbenar kerana perbuatannya ketika dia menyambut pengintip-pengintip Israel dan membantu mereka melarikan diri melalui jalan lain.

26Tubuh tanpa roh, tubuh yang mati. Begitu jugalah, iman tanpa perbuatan, iman yang mati.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help