Ulangan 29 - Alkitab Versi Borneo

Perjanjian dengan Allah diperbaharu

1Inilah perkataan perjanjian yang diikat Musa dengan orang Israel di Tanah Moab atas perintah TUHAN, di samping perjanjian yang telah diikat-Nya dengan mereka di Horeb.

2Musa memanggil semua orang Israel lalu berkata kepada mereka, “Kamu sudah melihat segala hal yang dilakukan TUHAN di hadapan matamu di Tanah Mesir terhadap Firaun, terhadap seluruh pegawainya, dan terhadap seluruh negerinya.

3Matamu sendiri melihat dugaan yang besar, tanda ajaib, dan mukjizat yang besar itu.

4Tetapi sampai sekarang ini TUHAN belum juga mengurniakan kepadamu akal budi untuk memahami, mata untuk melihat, dan telinga untuk mendengar.

5Aku telah memimpin kamu di gurun ini selama empat puluh tahun. Pakaianmu tidak menjadi lusuh di tubuhmu dan kasutmu tidak menjadi usang di kakimu.

6Roti tidak kamu makan dan air anggur atau minuman keras tidak kamu minum, supaya kamu tahu bahawa Akulah TUHAN, Allahmu.

7 kejijikan dan berhala-berhala mereka yang terbuat daripada kayu, batu, perak, atau emas yang ada antara mereka.

18Ibr 12:15.Jangan sampai ada antaramu lelaki, perempuan, kaum, ataupun suku yang pada hari ini hatinya berpaling daripada TUHAN, Allah kita, untuk pergi beribadat menyembah tuhan bangsa-bangsa itu. Jangan sampai ada antaramu akar yang menghasilkan pokok beracun atau buah yang pahit.

19Jika orang semacam itu mendengar perkataan laknat ini, dia menyangka bahawa dirinya tetap diberkati, katanya, ‘Aku akan tetap sejahtera, meskipun aku hidup dalam kedegilan hatiku.’ Akibatnya lenyaplah tanah yang basah mahupun yang kering.

20TUHAN tidak akan rela mengampuni orang itu. Sebaliknya, kemurkaan TUHAN serta kecemburuan-Nya akan membara terhadap orang itu pada waktu itu. Segala laknat yang tertulis dalam kitab ini akan menimpanya, dan TUHAN akan menghapuskan namanya dari kolong langit.

21TUHAN akan memisahkan dia daripada segala suku Israel dan membuatnya tertimpa bencana, selaras dengan segala laknat daripada perjanjian yang tertulis dalam Kitab Suci Taurat ini.

22Keturunan yang kemudian, iaitu anak-anakmu yang akan muncul setelah kamu, serta orang asing yang datang dari negeri jauh akan menyaksikan azab yang menimpa negeri itu, juga penderitaan yang didatangkan TUHAN kepadanya.

23Kej 19:24,25.Seluruh negeri itu menjadi hangus dengan belerang dan garam, tidak dapat disemai, tidak dapat menumbuhkan sesuatu, dan tidak tumbuh sesuatu pun di atasnya, sama seperti kehancuran Sodom, Gomora, Adma, dan Zeboim, yang ditunggangbalikkan TUHAN dalam kemurkaan serta amarah-Nya.

24Segala bangsa akan berkata, ‘Mengapakah TUHAN memperlakukan negeri ini demikian? Apakah erti bernyala-nyalanya kemurkaan-Nya yang hebat ini?’

25Lalu orang akan menjawab, ‘Sebab mereka mengabaikan perjanjian TUHAN, Allah nenek moyang mereka, yang diikat-Nya dengan mereka ketika Dia membawa mereka keluar dari Tanah Mesir.

26Mereka pergi beribadat menyembah tuhan-tuhan lain dan sujud menyembah semua itu, iaitu tuhan-tuhan yang tidak dikenal mereka dan yang tidak diperuntukkan TUHAN untuk mereka.

27Sebab itulah kemurkaan TUHAN menyala-nyala terhadap negeri ini, sehingga Dia mendatangkan ke atasnya segala kutukan yang tertulis dalam kitab ini.

28Dalam kemurkaan-Nya, kegusaran-Nya, serta dalam amarah-Nya yang besar TUHAN mencabut mereka daripada tanah mereka lalu dibuang-Nya mereka ke negeri lain, seperti yang terjadi pada hari ini.’

29Hal-hal yang tersembunyi adalah bagi TUHAN, Allah kita, tetapi hal-hal yang dinyatakan adalah bagi kita dan bagi anak-anak kita untuk selama-lamanya, supaya kita dapat mengikut semua kata dalam hukum Taurat ini.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help