Mikha 1 - Alkitab Versi Borneo

1

9kerana lukanya tidak tersembuhkan.

Sesungguhnya, luka itu telah menjalar ke Yehuda,

sampai ke pintu gerbang bangsaku, ke Yerusalem.

10Jangan khabarkan hal itu di Gat,

jangan sekali-kali menangis!

Berguling-gulinglah di dalam debu di Bet-Le-Afra!

11Berjalanlah, wahai penduduk Safir, dalam keadaan bogel dan aib.

Penduduk Zaanan tidak berani keluar.

Bet-Haezel meratap, perlindungannya direnggut daripadamu.

12Penduduk Marot bersusah menantikan keadaan baik,

kerana malapetaka telah turun daripada TUHAN ke pintu gerbang Yerusalem.

13Pasanglah segala rata pada kuda-kuda teji, wahai penduduk Lakhis.

Kota inilah mulanya dosa bagi puteri Sion,

kerana pelanggaran Israel didapati di dalamnya.

14Oleh sebab itu berikanlah hadiah perpisahan kepada Moresyet-Gat.

Bani Akhzib akan menjadi tipu daya atas para raja Israel.

15Aku masih akan mendatangkan penakluk bagimu, wahai penduduk Maresa!

Kemuliaan Israel akan juga sampai ke Adulam.

16Gondolkanlah kepalamu dan cukurlah rambutmu kerana para anak kesayanganmu.

Jadikanlah kepalamu gondol seperti burung nasar,

kerana mereka harus pergi daripadamu ke dalam pembuangan.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help