Ezra 3 - Alkitab Versi Borneo

Pembinaan semula mazbah

1Dengan ketibaan bulan ketujuh, berkumpullah orang Israel yang menetap di kota-kota sebagai umat yang bersatu di Yerusalem.

2, menepati keizinan yang diberikan kepada mereka oleh Kores, raja Parsi.

Peletakan asas Bait Allah

8Pada tahun kedua setelah mereka sampai di Rumah Allah di Yerusalem, tepatnya dalam bulan kedua, Zerubabel anak Sealtiel dan Yesua anak Yozadak berserta saudara-saudara mereka yang selebihnya, iaitu imam, bani Lewi, dan semua orang yang pulang dari tempat penawanan ke Yerusalem, memulai pekerjaan itu. Mereka menugaskan bani Lewi yang berumur dua puluh tahun ke atas untuk mengawasi pekerjaan di Bait TUHAN.

9Yesua dengan anak-anak dan saudara-saudaranya, juga Kadmiel dengan anak-anaknya, juga anak-anak Yehuda, mengawasi mereka yang melaksanakan pekerjaan di Rumah Allah. Demikian jugalah bani Henadad dengan anak-anak dan saudara-saudara mereka, iaitu bani Lewi.

10 1Taw 25:1. Ketika jurubina meletakkan asas Bait Suci TUHAN, tampillah para imam dengan pakaian istiadat mereka sambil membawa nafiri, manakala bani Lewi daripada bani Asaf pula membawa gembereng dengan tujuan untuk memuji TUHAN menurut petunjuk Daud, raja Israel.

111Taw 16:34; 2Taw 5:13; 7:3; Mzm 100:5; 106:1; 107:1; 118:1; 136:1; Yer 33:11.Kemudian mereka menyanyi secara berbalas-balasan sambil memuji dan mengucap syukur kepada TUHAN:

“Kerana Dia baik,

kasih-Nya kekal selama-lamanya terhadap Israel.”

Seluruh rakyat bersorak-sorai dengan suara yang nyaring sambil memuji TUHAN, kerana asas Bait TUHAN telah diletakkan.

12Tob 14:5.Akan tetapi, antara imam, bani Lewi, dan ketua kaum keluarga, iaitu tua-tua yang pernah melihat bait terdahulu, banyak yang menangis dengan suara nyaring ketika peletakan asas itu dilaksanakan di hadapan mata mereka. Ada ramai orang pula yang bersorak-sorai dengan suara nyaring kerana gembira.

13Orang tidak dapat membezakan lagi antara bunyi sorak-sorai kegembiraan dengan bunyi tangisan umat, kerana umat bersorak dengan suara nyaring sehingga bunyinya kedengaran sampai di tempat yang jauh.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help