1 . Dia menamainya Eben-Haezer, katanya, “Sampai di sini TUHAN telah menolong kita.”
13Demikianlah orang Filistin itu ditundukkan dan tidak lagi memasuki daerah Israel. Tangan TUHAN melawan orang Filistin seumur hidup Samuel,
14dan kota-kota yang diambil orang Filistin daripada Israel mulai Ekron sampai Gat, berbalik semula ke tangan Israel, dan orang Israel merebut daerah sekitarnya daripada tangan orang Filistin. Pada waktu itu, orang Israel hidup berdamai dengan orang Amori.
15Samuel menjadi hakim kepada orang Israel seumur hidupnya.
16Setiap tahun dia berjalan mengelilingi Betel, Gilgal, dan Mizpa. Di semua tempat itu dia menjadi hakim kepada orang Israel.
17Namun demikian, dia selalu kembali ke Rama, kerana di sanalah rumahnya dan di sanalah dia menjadi hakim kepada orang Israel. Dia mendirikan sebuah mazbah bagi TUHAN di sana.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.