1 Yohanes 5 - Alkitab Versi Borneo

Beriman pada Kristus

1Sesiapa percaya bahawa Yesus ialah Kristus, maka orang itu lahir daripada Allah. Sesiapa mengasihi Bapa mengasihi anak-Nya juga.

2Dengan demikianlah kita tahu bahawa kita mengasihi anak-anak Allah apabila kita mengasihi Allah dan mentaati perintah-Nya.

3 daripada Allah menewaskan dunia. Inilah kemenangan yang mengalahkan dunia, iaitu iman kita.

5Siapakah yang dapat menewaskan dunia? Hanya orang yang percaya bahawa Yesus Anak Allah.

6Yesus Kristus telah datang ke dunia dengan air dan darah. Dia datang bukan dengan air sahaja tetapi dengan air dan darah. Roh itulah yang bersaksi kerana Roh ialah kebenaran.

7Ada tiga yang memberikan kesaksian:

8Roh Kudus, air dan darah, ketiga-tiganya memberikan kesaksian yang sama.

9Jika kita percaya akan kesaksian manusia, maka kesaksian Allah lebih kuat lagi kerana inilah kesaksian yang diberikan Allah tentang Anak-Nya.

10Oleh yang demikian, sesiapa yang percaya kepada Anak Allah menyimpan kesaksian itu dalam dirinya. Sebaliknya, sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, maka dia menuduh Allah itu pendusta kerana dia tidak percaya akan kesaksian-Nya tentang Anak-Nya.

11 tidak melakukan dosa berterusan; Dia yang datang daripada Allah melindungi dirinya lantas Iblis tidak berupaya menyesatkannya.

19Kita tahu bahawa kita milik Allah walaupun dunia diperintah oleh Iblis.

20Kita tahu bahawa Anak Allah telah datang dan memberi kita pengertian, supaya kita mengenal Dia yang benar. Kita ada di dalam Dia yang benar bahkan di dalam Anak-Nya, Yesus Kristus. Inilah Allah yang benar dan hidup yang kekal.

21Anak-anakku, jauhkanlah dirimu daripada berhala.

Blog
About Us
Message
Site Map