1Hati raja seumpama anak sungai di dalam tangan TUHAN,
dialirkan-Nya ke mana sahaja Dia kehendaki.
2Setiap jalan orang lurus menurut pandangannya sendiri,
tetapi TUHAN sajalah yang menimbang hati.
3Melakukan yang benar dan adil lebih disukai
TUHAN daripada korban sembelihan.
4Mata yang sombong dan hati yang bongkak,
iaitu pelita orang durjana, adalah dosa.
5Rancangan orang rajin hanya mendatangkan keuntungan,
tetapi setiap orang yang terburu-buru hanya akan berkekurangan.
6Harta yang diperoleh dengan lidah dusta
seperti wap yang lenyap bagi orang yang mengejar maut.
7Keganasan orang durjana menyeret mereka sendiri,
kerana mereka enggan melakukan keadilan.
8Jalan orang yang bersalah bengkang-bengkok,
tetapi langkah orang yang ikhlas adalah lurus.
9 dan kasih
akan menemukan kehidupan, kebenaran, dan kehormatan.
22Orang bijaksana dapat menyerang kota para kesateria perkasa,
dan merobohkan benteng-benteng yang diharapkan mereka.
23Sesiapa menjaga mulut dan lidahnya,
menjaga jiwanya daripada malapetaka.
24Orang yang angkuh dan sombong itu “pencemuh” namanya;
dia bertindak amat biadab dan sangat angkuh!
25Keinginan si pemalas membunuh dirinya,
kerana tangannya enggan bekerja.
26Sepanjang hari dia terus menginginkan sesuatu,
tetapi orang benar terus memberi tanpa menahan dirinya.
27 Sir 7:9. Korban sembelihan orang durjana adalah kekejian,
apatah lagi jika dipersembahkan dengan niat jahat.
28Saksi dusta akan binasa,
tetapi orang yang taat dan patuh akan terus berbicara.
29Orang yang durjana menebalkan mukanya,
tetapi orang yang lurus hati mengatur jalannya.
30Tidak ada kebijaksanaan, tidak ada pengertian,
dan tidak ada pertimbangan yang dapat melawan TUHAN.
31Kuda diperlengkap untuk hari peperangan,
tetapi kemenangan berasal daripada TUHAN.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.