1 dan melakukan kezaliman, lalu Kuletakkan batu sandungan di depannya, maka dia akan mati. Dia akan mati kerana dosanya apabila engkau tidak mengingatkan dia, dan segala perbuatan salih yang dilakukannya tidak akan diingat lagi, tetapi darahnya akan Kutuntut daripada tanganmu.
21Sebaliknya, kalau engkau mengingatkan orang yang benar itu supaya jangan dia berbuat dosa, dan dia benar-benar tidak berbuat dosa, maka dia akan tetap hidup kerana dia mahu menerima peringatan, dan engkau telah menyelamatkan nyawamu.”
Yehezkiel menjadi bisu22Kemudian kuasa TUHAN meliputi aku di sana dan Dia berfirman kepadaku, “Segeralah pergi ke lembah! Di sana Aku akan berfirman kepadamu.”
23Aku pun segera pergi ke lembah. Tampak kemuliaan TUHAN hadir di sana, sama seperti kemuliaan yang kulihat di tepi Sungai Kebar. Lalu bersujudlah aku.
24Kemudian Roh masuk ke dalamku dan membuat aku berdiri. Dia berfirman kepadaku demikian, “Pergilah, hendaklah engkau mengurung diri di rumahmu.
25Ketahuilah, wahai anak manusia, engkau akan diikat dengan tali dan akan dibelenggu sehingga engkau tidak dapat bergerak di tengah-tengah mereka.
26Aku akan membuat lidahmu melekat ke langit-langit mulutmu sehingga engkau menjadi kelu dan tidak dapat menegur mereka, kerana mereka ialah keturunan kaum yang derhaka.
27Akan tetapi, ketika Aku berfirman kepadamu, Aku akan membuka mulutmu dan engkau harus berkata kepada mereka, ‘Beginilah firman Tuhan ALLAH.’ Sesiapa yang mahu mendengar biarlah dia mendengar, dan siapa yang tidak mahu mendengar biarkanlah dia, kerana mereka ialah keturunan kaum yang derhaka.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.