1Sarah hidup 127 tahun. Itulah tempoh hayat Sarah.
2Sarah meninggal di Kiryat-Arba, iaitu Hebron, di Tanah Kanaan. Lalu Abraham datang meratapi serta menangisi Sarah.
3Beberapa waktu kemudian Abraham bangkit dari sisi isterinya, yang telah meninggal itu, lalu berkata dengan bani Het. Katanya,
4 perak, apalah ertinya itu bagiku dan bagi tuan? Oleh sebab itu, makamkan sajalah isteri tuan di sana.”
16Abraham menuruti kata-kata Efron, lalu dia menimbang bagi Efron wang perak sebanyak yang telah disebutkannya di hadapan bani Het itu, iaitu empat ratus syikal perak, sama dengan timbangan yang digunakan oleh para saudagar.
17Demikianlah ladang Efron di Makhpela, di sebelah timur Mamre, iaitu ladang dan gua yang ada di dalamnya, serta semua pokok di ladang itu sampai sekeliling perbatasannya,
18ditetapkan sebagai milik Abraham di hadapan mata bani Het serta di hadapan semua orang yang datang ke pintu gerbang kota itu.
19Sesudah itu Abraham memakamkan Sarah isterinya dalam gua di ladang Makhpela, di sebelah timur Mamre, iaitu Hebron, di Tanah Kanaan.
20Demikianlah ladang itu dengan gua yang ada di dalamnya itu ditetapkan oleh bani Het bagi Abraham sebagai pemakaman hak miliknya.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.