1 Raja-Raja 12 - Alkitab Versi Borneo

Berkecainya kerajaan Israel

1Pergilah Rehabeam ke Sikhem, kerana semua orang Israel telah datang ke Sikhem untuk menobatkannya sebagai raja.

2Pada waktu itu Yerobeam anak Nebat masih berada di Mesir kerana sebelumnya dia melarikan diri dari Raja Salomo. Setelah Yerobeam mendengar khabar itu, kembalilah dia dari Mesir.

3Maka beberapa orang diutus untuk memanggil dia. Lalu Yerobeam dengan seluruh jemaah Israel menemui Rehabeam dan berkata demikian,

4“Ayah tuanku telah memberatkan tanggungan kami. Sekarang, mohon sudilah tuanku meringankan perhambaan yang keras daripada ayah tuanku itu serta tanggungan berat yang dipikulkannya atas kami, maka kami akan menjadi hamba tuanku.”

5Jawabnya kepada mereka, “Pulanglah dahulu sampai selang tiga hari, kemudian kembalilah menghadap aku.” Lalu pulanglah rakyat itu.

6Raja Rehabeam pun berunding dengan tua-tua yang dahulunya berkhidmat kepada Salomo, ayahnya, sewaktu Salomo masih hidup. Tanyanya, “Apakah nasihatmu untuk menjawab rakyat ini?”

7Jawab mereka kepadanya, “Jika pada hari ini tuanku mahu menjadi hamba bagi rakyat, mengabdi kepada mereka, dan menjawab mereka dengan kata-kata yang baik, maka mereka akan menjadi hamba tuanku sepanjang waktu.”

8Akan tetapi, dia mengabaikan nasihat yang diberikan kepadanya oleh tua-tua itu, lalu berunding dengan orang muda yang membesar bersama-samanya dan yang melayani dia.

9Tanyanya kepada mereka, “Apakah nasihatmu supaya kita dapat menjawab rakyat yang berkata kepadaku, ‘Ringankanlah tanggungan yang dipikulkan ayah tuanku atas kami’?”

10Orang muda yang membesar bersama-samanya itu menjawab, “Beginilah harus tuanku katakan kepada rakyat yang berkata kepada tuanku, ‘Ayah tuanku telah memberatkan tanggungan kami, tetapi mohon sudilah tuanku meringankannya bagi kami.’ Beginilah harus tuanku katakan kepada mereka, ‘Jari kelengkengku lebih besar daripada pinggang ayahku.

11Ayahku telah membebankan tanggungan yang berat kepadamu, tetapi aku akan menambah tanggunganmu. Ayahku telah mengajar kamu dengan cemeti, tetapi aku akan mengajar kamu dengan kala jengking.’ ”

12Kemudian datanglah Yerobeam dan seluruh rakyat menghadap Rehabeam pada hari ketiga, sebagaimana kata-kata raja, “Kembalilah menghadap aku dalam tiga hari.”

13Raja menjawab rakyat dengan kasar. Dia mengabaikan nasihat yang diberikan kepadanya oleh para tua-tua.

14Dia menjawab mereka menurut nasihat pemuda-pemuda itu, katanya, “Ayahku telah memberatkan tanggunganmu, tetapi aku akan menambah tanggunganmu. Ayahku telah mengajar kamu dengan cemeti, tetapi aku akan mengajar kamu dengan kala jengking.”

15Dengan demikian raja tidak mendengar permintaan rakyat. Perkara itu memang ditetapkan TUHAN, kerana Dia hendak melaksanakan firman yang disampaikan-Nya kepada Yerobeam anak Nebat dengan perantaraan Ahia, orang Silo itu.

16 wahai Israel, yang telah menuntun kamu keluar dari Tanah Mesir.”

29Kemudian ditempatkannya yang satu di Betel, sedangkan yang lain di Dan.

30Maka hal ini menyebabkan rakyat berdosa, kerana mereka pergi sampai ke Dan untuk menyembah patung yang satu itu.

31Dia juga membuat kuil di bukit-bukit pemujaan dan mengangkat imam daripada kalangan rakyat yang bukan daripada bani Lewi.

32 Im 23:33,34. Yerobeam menetapkan suatu hari raya, iaitu pada hari kelima belas dalam bulan kelapan, sama seperti hari raya di Yehuda, dan dia sendiri naik ke mazbah. Demikianlah yang dilakukannya di Betel. Dia mempersembahkan korban kepada anak-anak lembu yang dibuatnya itu. Di Betel dia juga menugaskan para imam di bukit-bukit pemujaan yang dibuatnya.

33Dia naik ke mazbah yang dibuatnya di Betel itu pada hari kelima belas dalam bulan kelapan, iaitu bulan yang telah direka-rekanya sendiri. Demikianlah dia menetapkan suatu hari perayaan bagi umat Israel dan naik ke mazbah untuk membakar dupa.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help