2 Samuel 21 - Alkitab Versi Borneo

Umat Gibeon membalas dendam

1Pada zaman Daud berlakulah kebuluran selama tiga tahun berturut-turut. Oleh itu, Daud mencari petunjuk daripada TUHAN. Lalu TUHAN berfirman, “Hal itu berlaku kerana Saul dan keluarganya berhutang darah kerana dahulunya dia pernah membunuh umat Gibeon.”

2 dan menumpaskan orang Filistin itu. Setelah itu, anak buah Daud mendesaknya, “Jangan lagi tuanku maju berperang bersama-sama kami, supaya jangan tuanku memadamkan pelita yang menerangi Israel.”

18Setelah itu, terjadi lagi peperangan dengan orang Filistin di Gob. Pada waktu itu Sibkhai, orang Husa, menewaskan Saf, yang termasuk keturunan raksasa.

19Kemudian terjadi lagi peperangan dengan orang Filistin di Gob. Elhanan anak Yaare-Oregim, orang Betlehem, menewaskan Goliat, orang Gat, yang batang tombaknya seperti kayu penggulung para tukang tenun.

20Selanjutnya peperangan terjadi lagi di Gat. Di sana ada seorang yang tinggi perawakannya. Kedua-dua belah tangan dan kakinya berjari enam. Jadi, jarinya berjumlah dua puluh empat. Dia juga termasuk keturunan raksasa.

21Ketika orang itu mencemuh orang Israel, maka Yonatan anak Simea, abang Daud, menewaskannya.

22Keempat-empat orang itu keturunan raksasa di Gat. Mereka tewas di tangan Daud dan di tangan anak buahnya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help