1Janganlah senyap, ya Allah;
janganlah Engkau membisu, dan janganlah berdiam diri, ya Allah.
2Kerana lihatlah, musuh-Mu berbuat huru-hara,
dan mereka yang membenci-Mu telah mengangkat kepala.
3Mereka berunding mengatur tipu muslihat menentang umat-Mu;
dan berpakat melawan orang yang Kaulindungi.
4Mereka telah berkata, “Marilah kita hapuskan mereka sebagai suatu bangsa,
supaya nama Israel akan luput dari ingatan.”
5Mereka telah berpakat dan bersatu hati;
mereka telah membentuk komplot menentang-Mu —
6orang Edom dan orang Ismael, Moab dan Hagri,
7Gebal, Amon dan Amalek, Filistea dan Tirus.
8Asyur pun telah menjadi sekutu mereka;
mereka membantu keturunan bani Lut. Sela
9 Hak 7:1-23. Hak 4:6-22. Perlakukanlah mereka seperti Kauperlakukan orang Midian,
dan Sisera serta Yabin di Sungai Kison,
10yang binasa di En-Dor
dan menjadi seperti sampah di atas bumi.
11 Hak 7:25. Hak 8:12. Jadikanlah para pemimpin mereka seperti Oreb dan Zeeb,
ya, dan raja-raja mereka seperti Zebah dan Salmuna,
12yang telah berkata, “Marilah kita ambil padang-padang berumput Allah sebagai milik kita.”
13Ya Allahku, jadikan mereka seperti debu berterbangan,
seperti sekam ditiup angin.
14Seperti api membakar hutan
dan membuat gunung-ganang menyala,
15burulah mereka dengan badai-Mu
dan takutkan mereka dengan ribut-Mu.
16Malukanlah mereka supaya mereka mencari nama-Mu, ya TUHAN.
17Biarlah mereka keliru dan kecewa selama-lamanya;
ya, biarkanlah mereka malu dan binasa.
18Supaya mereka tahu hanya Engkau, yang bernama TUHAN —
Engkaulah Yang Maha Tinggi menguasai seluruh bumi.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.