1 di hadapan ruang dalaman, tetapi tidak terlihat dari luar. Di situlah tempatnya sampai hari ini.
10Ul 10:5.Tidak ada yang lain di dalam tabut itu kecuali dua loh yang diletakkan Musa di dalamnya, ketika TUHAN mengikat perjanjian dengan orang Israel di Horeb, setelah mereka keluar dari Mesir.
11 1Taw 16:34; 2Taw 7:3; Ezr 3:11; Mzm 100:5; 106:1; 107:1; 118:1; 136:1; Yer 33:11. Kel 40:34,35. Para imam pun keluar dari Tempat Suci. Semua imam yang hadir telah menyucikan diri mereka, tanpa mengikut giliran regu masing-masing.
12Semua penyanyi daripada bani Lewi, iaitu Asaf, Heman, Yedutun, serta anak-anak daripada saudara-saudara mereka, berdiri di sebelah timur mazbah dengan mengenakan linen halus sambil memegang ceracap, gambus, serta kecapi. Bersama-sama mereka ada seratus dua puluh orang imam peniup nafiri.
13Para peniup nafiri dan penyanyi itu serentak memperdengarkan suara untuk memuji dan mengucap syukur kepada TUHAN. Dengan diiringi nafiri, ceracap, dan alat-alat muzik yang lain, para penyanyi mengangkat suara sambil memuji TUHAN, demikian,
“Kerana Dia baik,
kasih-Nya kekal selama-lamanya!”
Tiba-tiba awan memenuhi bait itu, iaitu Bait TUHAN,
14dan para imam tidak dapat berdiri untuk menyelenggarakan ibadat disebabkan awan itu, kerana kemuliaan TUHAN memenuhi Rumah Allah.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.