2 Timotius 3 - Alkitab Versi Borneo

Kemungkaran pada akhir zaman

1Ketahuilah, bahawa pada akhir zaman, akan datang suatu masa yang sukar.

2Manusia akan menjadi pencinta diri, pencinta wang, bercakap besar, berlagak bongkak, mencaci maki, ingkar terhadap ibu bapa, tidak bersyukur, tidak suci,

3tidak mengasihi, tidak mengampuni, suka memfitnah, tidak menguasai diri, buas dan pembenci kebaikan,

4khianat, gopoh, angkuh, serta lebih mencintai keseronokan daripada mengasihi Allah.

5Mereka menjalankan kewajipan agama tetapi menyangkal kuasanya. Jauhilah orang demikian.

6Dalam kalangan mereka ada yang masuk secara rahsia ke rumah orang dan memerangkap perempuan lemah, yang dibebani dosa serta dipengaruhi pelbagai keinginan.

7Perempuan-perempuan ini sentiasa belajar tetapi tidak menerima kebenaran.

8, dan berguna untuk mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik ke arah kebenaran.

17Dengan demikian, tiap-tiap orang yang mengabdikan diri kepada Allah akan dilengkapi sepenuhnya untuk melakukan segala kerja yang baik.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help