1Dengarlah rayuanku memohon keadilan, ya TUHAN;
dengarlah rintihanku.
Dengarlah doaku yang bukan daripada bibir dusta,
2Pertahankanlah kebenaranku dari hadirat-Mu;
semoga mata-Mu melihat apa yang benar.
3Engkau telah menguji hatiku
dan menelitiku pada waktu malam,
Engkau telah mendugaku dan tidak menemui kecelaan;
aku telah berazam memelihara lidahku daripada dosa.
4Perihal perbuatan manusia —
menurut kata-kata yang Engkau ucapkan
aku taat akan perintah-Mu;
aku menjauhi segala jalan orang yang ganas.
5Langkahku tetap di jalan-Mu;
dan kakiku tidak tergelincir.
6Aku menyeru-Mu kerana Engkau akan mendengarku, ya Allah;
dengarlah, dengarlah kata-kataku ini.
7Tunjukkan kasih-Mu yang agung,
dengan tangan kanan-Mu yang menyelamatkan semua yang bernaung kepada-Mu daripada mereka yang cuba meruntuhkan.
8Peliharakanlah aku sebagai kesayangan-Mu;
lindungi aku di bawah naungan-Mu
9daripada orang zalim yang menyerangku,
daripada musuh pemusnah yang mengepungku.
10Mereka telah menutup hati daripada kebaikan,
mereka menuturkan kata-kata angkuh.
11Sekarang mereka mengepungku pada setiap langkah,
mereka merenung sambil menjongkok di bumi.
12Seperti singa yang ingin mengoyak-ngoyak mangsa,
seperti singa muda mengendap di tempat rahsia.
13Bangkitlah, ya TUHAN, hadapi dan tumbangkan musuhku;
selamatkan nyawaku daripada orang zalim dengan pedang-Mu.
14Dengan tangan-Mu, selamatkan aku daripada manusia sebegitu, ya TUHAN,
daripada manusia duniawi yang mengumpul harta dalam hidup ini.
Kaukenyangkan perut mereka yang Kaupelihara;
anak-anak mereka cukup puas,
dan mereka meninggalkan pusaka kepada zuriat.
15Tetapi dalam perbenaran aku akan melihat wajah-Mu;
aku akan bahagia sepenuhnya apabila terjaga di hadirat-Mu.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.