Yesaya 48 - Alkitab Versi Borneo

Allah menciptakan masa depan yang baru

1Dengarlah hal ini, wahai keturunan kaum Yakub,

yang disebut dengan nama Israel

dan yang datang daripada garis keturunan Yehuda,

yang bersumpah demi nama TUHAN

dan yang menyebut nama Allah Israel,

tetapi tidak dalam kesungguhan dan tidak dalam ketulusan hati —

2kerana mereka menyebut diri penduduk kota suci

dan bersandar kepada Allah Israel,

yang bernama TUHAN alam semesta –

3“Hal-hal yang dahulu telah Kuberitahu sejak dahulu,

semua itu telah Kusampaikan sendiri dan Kukhabarkan.

Dengan tiba-tiba Aku bertindak dan semua itu pun terjadi.

4Aku tahu bahawa engkau degil.

Tengkukmu berurat besi dan dahimu daripada tembaga.

5Itulah sebabnya Aku memberitahukanmu sejak dahulu.

Sebelum hal itu terjadi Aku mengkhabarkannya kepadamu,

supaya engkau tidak berkata,

‘Berhalaku yang melakukannya.

Patung ukiranku dan patung tuanganku yang memerintahkannya.’

6Engkau telah mendengarnya, perhatikanlah semua itu!

Tidakkah kamu mahu mengakuinya?

Mulai sekarang Aku akan mengkhabarkan kepadamu hal-hal yang baru,

iaitu hal-hal tersembunyi yang belum kauketahui.

7Baru sekarang hal-hal itu diciptakan, bukan sejak dahulu,

sebelum hari ini engkau tidak pernah mendengarnya,

supaya engkau tidak berkata,

‘Ya, aku sudah mengetahuinya!’

8Sesungguhnya, engkau belum pernah mendengarnya dan belum pernah mengetahuinya.

Bahkan sejak dahulu telingamu belum terbuka,

kerana Aku tahu bahawa kelakuanmu sangat khianat,

dan orang menyebut kamu derhaka sejak dalam kandungan.

9Demi nama-Ku Aku menangguhkan murka-Ku

dan demi kemasyhuran-Ku Aku menahannya daripadamu

supaya engkau tidak Kulenyapkan.

10Sesungguhnya, Aku sudah memurnikan engkau tetapi bukan seperti perak.

Aku sudah menguji engkau dalam dapur api kesusahan.

11Demi diri-Ku, ya, demi diri-Ku Aku melakukannya,

kerana bagaimana mungkin Kubiarkan nama-Ku dinista?

Aku tidak akan menyerahkan kemuliaan-Ku kepada yang lain.”

TUHAN menebus Israel

12 seperti gelombang di lautan.

19Keturunanmu sudah seperti pasir

dan anak cucumu seperti butiran pasir.

Nama mereka tidak akan lenyap

atau punah dari hadapan-Ku.”

20 Why 18:4. Keluarlah dari Babel! Larilah daripada antara orang Kasdim!

Uar-uarkanlah hal ini dengan suara sorak-sorai, khabarkannya!

Siarkanlah sampai ke hujung bumi!

Katakanlah, “TUHAN telah menebus hamba-Nya Yakub!”

21Mereka tidak berasa dahaga

apabila Dia menuntun mereka melalui tempat-tempat yang tandus.

Dia mengalirkan air bagi mereka dari batu pejal,

Dia membelah batu pejal sehingga air memancar keluar.

22 Yes 57:21. “Tidak ada kedamaian bagi orang fasiq,” demikianlah firman TUHAN.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help