Mazmur 99 - Alkitab Versi Borneo

1 Kel 25:22. TUHAN bertakhta memerintah,

biarlah bangsa-bangsa gementar;

Dia tinggal di antara malaikat kerubin,

biarlah bumi bergegar.

2TUHAN Maha Besar di Sion;

dan Dia jauh di atas semua bangsa.

3Biarlah mereka memuji nama-Mu yang agung dan mengagumkan —

Dia Maha Kudus.

4Kekuatan Raja cinta akan keadilan —

Engkau telah mengasaskan kesaksamaan;

Engkau telah melakukan yang benar dan adil dalam Yakub.

5Tinggikanlah TUHAN Allah kita dan sembahlah Dia di alas kaki-Nya;

Dia Maha Kudus.

6Musa dan Harun tergolong antara imam-Nya,

dan Samuel antara mereka yang menyeru nama-Nya;

mereka berseru kepada TUHAN

dan Dia menjawab mereka.

7 Kel 33:9. Dia berfirman kepada mereka dalam tiang awan;

mereka mematuhi peraturan-Nya dan ketetapan yang diberi-Nya.

8Engkau menjawab mereka,

Ya TUHAN Allah kami;

Engkau Allah pengampun kepada mereka,

meskipun Engkau membalas perbuatan mereka dengan hukuman.

9Tinggikanlah TUHAN, Allah kita dan sembahlah Dia di bukit suci-Nya,

kerana TUHAN Allah kita Maha Kudus.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help