1
12Bagaimana pandanganmu? Jika seseorang mempunyai seratus ekor domba dan seekor daripadanya hilang, apa yang akan dilakukannya? Tentulah dia meninggalkan sembilan puluh sembilan ekor domba yang sedang merumput di bukit dan pergi mencari domba yang hilang itu.
13Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila dia menjumpainya, domba yang seekor itu lebih menggembirakannya daripada sembilan puluh sembilan ekor yang lain itu.
14Demikianlah juga Bapamu yang di syurga, tidak mahu seorang pun yang kecil ini hilang.”Saudaramu yang berdosa terhadapmu
15 kepadanya. Dia menangkap dan hendak mencekik rakannya itu sambil berkata, ‘Bayar semua hutangmu.’
29Rakannya itu menyembah dan merayu, ‘Bersabarlah denganku. Aku akan menjelaskan hutangku.’
30Tetapi hamba itu tidak mempedulikan rayuan rakannya. Malah dia memerintahkan supaya rakannya dipenjarakan sehingga menjelaskan hutangnya.
31Hamba-hamba lain dukacita melihatnya lalu mengadukan hal itu kepada raja.
32Raja pun memanggil hamba yang tidak berhati perut itu lalu berkata, ‘Sungguh kejam perbuatanmu! Aku telah menghapuskan segala hutangmu kerana kamu merayu supaya aku mengampunimu.
33Bukankah sepatutnya kamu mengasihani rakanmu sebagaimana aku mengasihanimu?’
34Dengan murkanya raja menitahkan supaya hamba yang tidak berperikemanusiaan itu dipenjarakan dan dihukum sehingga semua hutangnya dibayar.
35Begitulah Bapa-Ku yang di syurga akan memperlakukan setiap orang daripadamu yang tidak mengampuni saudaranya dengan ikhlas.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.