Ibrani 4 - Alkitab Versi Borneo

Hari peristirahatan yang disediakan Allah

1Dengan demikian, oleh sebab janji untuk masuk ke dalam peristirahatan-Nya tetap wujud, kita haruslah bimbang kalau-kalau ada di antaramu yang dikira tidak layak.

2Injil telah disampaikan kepada kita dan kepada mereka; tetapi firman yang didengar mereka tidak menguntungkan mereka kerana tidak berpadu dengan iman.

3 pada hari ketujuh daripada segala pekerjaan-Nya.”

5Mzm 95:11.Kemudian di sini pula: “Mereka tidak akan masuk ke dalam peristirahatan-Ku.”

6Memandangkan sebilangan manusia pasti masuk ke dalam peristirahatan itu, dan mereka yang terlebih dahulu mendengar perkhabaran Injil tidak masuk disebabkan mereka ingkar,

7Mzm 95:7,8.maka Dia menetapkan satu hari lain, dalam firman-Nya kepada Daud, “Hari ini,” setelah sekian lama, iaitu:

“Hari ini, jika kamu mendengar suara-Nya,

jangan keraskan hatimu.”

8 Ul 31:7; Yos 22:4. Andainya Yosua telah memberikan istirahat kepada mereka, Allah tidak akan berfirman kemudian tentang satu hari lain.

9Oleh itu, masih ada peristirahatan Sabat untuk umat Allah.

10Kej 2:2.Orang yang telah masuk ke dalam peristirahatan-Nya juga telah berhenti daripada pekerjaannya, sebagaimana Allah telah berhenti daripada pekerjaan-Nya.

11Jadi, marilah kita berusaha untuk masuk ke dalam peristirahatan itu, supaya jangan ada yang gagal kerana mengikut contoh mereka yang ingkar.

12Firman Allah hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang dua mata, menembusi ke garis pemisah nyawa dan roh, sendi dan sumsum, serta mengenal antara fikiran dan niat dalam hati.

13Keb 1:6.Tidak ada makhluk yang terlindung daripada penglihatan-Nya. Segala-galanya terdedah dan terbuka kepada mata Allah; kepada-Nya nanti kita dipertanggungkan tentang segala perlakuan kita.

Yesus Imam Besar

14Memandangkan kita mempunyai Imam Besar yang agung yang telah melalui syurga, iaitu Yesus Anak Allah, marilah kita berpegang teguh pada pengakuan kita.

15Kita tidaklah mempunyai Imam Besar yang tidak dapat merasakan kelemahan kita. Sebaliknya dalam segala hal Dia telah menghadapi godaan seperti yang kita hadapi, tetapi Dia tidak melakukan dosa.

16Oleh itu, marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help