Yesaya 62 - Alkitab Versi Borneo

Penyelamatan Sion

1Demi Sion Aku tidak akan berdiam diri

dan demi Yerusalem Aku tidak akan tenang-tenang sahaja,

sehingga perbenarannya terbit seperti cahaya

dan penyelamatannya seperti obor yang menyala.

2Bangsa-bangsa akan melihat perbenaranmu,

dan semua raja akan melihat kemuliaanmu.

Engkau akan disebut dengan nama baru

yang ditentukan TUHAN sendiri.

3Engkau akan menjadi mahkota kemuliaan di tangan TUHAN,

serban kerajaan di tangan Allahmu.

4Engkau tidak akan disebut lagi “Yang ditinggalkan,”

dan negerimu tidak akan disebut lagi “Yang sunyi sepi,”

tetapi engkau akan disebut “Yang Kuperkenan,”

dan negerimu akan disebut “Yang Bersuami,”

kerana TUHAN berkenan kepadamu

dan negerimu akan bersuami.

5Seperti seorang pemuda mengahwini seorang perawan,

demikianlah rakyatmu akan menjadi suamimu.

Seperti pengantin lelaki bergirang melihat pengantin perempuan,

demikianlah Allahmu akan bergirang melihat engkau.

6Di atas tembok-tembokmu, wahai Yerusalem,

Aku telah menempatkan para pengawal.

Sepanjang siang dan sepanjang malam mereka tidak akan pernah berdiam diri.

Wahai kamu yang berseru kepada TUHAN,

jangan kamu beristirahat

7dan jangan biarkan Dia beristirahat,

sampai Dia menegakkan Yerusalem,

sampai Dia menjadikannya termasyhur di bumi.

8TUHAN telah bersumpah demi tangan kanan-Nya,

dan demi kekuatan-Nya,

“Sesungguhnya, Aku tidak akan memberikan gandummu lagi

sebagai makanan bagi musuh-musuhmu

dan orang asing tidak akan meminum air anggurmu

yang kauhasilkan dengan berjerih lelah.

9Tetapi orang yang mengumpulkannya akan memakannya sambil memuji-muji TUHAN

dan orang yang menghimpunkannya akan meminumnya

di laman dalaman tempat suci-Ku.”

10Lewatilah, lewatilah pintu-pintu gerbang!

Persiapkanlah jalan bagi bangsa itu.

Bukalah, bukalah jalan raya!

Buanglah batu-batu

dan tinggikanlah panji-panji bagi bangsa-bangsa!

11 Yes 40:10; Why 22:12. Sesungguhnya, TUHAN telah mengkhabarkan sampai ke hujung bumi,

“Katakanlah kepada puteri Sion,

‘Lihat, Penyelamatmu datang!

Lihat, pahala-Nya dibawa-Nya bersama-sama

dan ganjaran-Nya ada di hadapan-Nya.’ ”

12Mereka akan disebut “Bangsa yang suci”,

“Orang yang ditebus TUHAN.”

Engkau akan disebut “Yang dicari”,

“Kota yang tidak ditinggalkan.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help