Yeremia 50 - Alkitab Versi Borneo

Tentang Babel

1 pun akan tinggal di dalamnya.

Negeri itu tidak akan dihuni lagi untuk seterusnya dan tidak akan didiami lagi turun-temurun.

40 Kej 19:24,25. Sebagaimana Sodom, Gomora, dan kota-kota tetangganya ketika ditunggangbalikkan Allah,” firman TUHAN,

“demikianlah tidak ada orang yang akan tinggal di sana

dan tidak ada anak manusia yang akan tinggal sebagai pendatang di dalamnya.

41Lihat, sebuah pasukan datang dari sebelah utara.

Sebuah bangsa yang besar serta ramai rajanya akan digerakkan dari hujung bumi.

42Mereka memegang busur dan lembing.

Mereka bengis dan tidak berbelas kasihan.

Suara mereka menderu seperti laut

dan mereka menunggangi kuda.

Seperti orang hendak berperang, mereka mengatur barisan

untuk menyerang engkau, wahai puteri Babel.

43Raja Babel mendengar khabar tentang mereka,

lalu patahlah semangatnya.

Kesesakan mencengkamnya.

Dia kesakitan seperti perempuan yang sedang bersalin.

44Sesungguhnya, seperti singa datang dari belukar Sungai Yordan ke padang ragut yang subur,

demikianlah secara tiba-tiba Aku akan membuat mereka lari dari sana.

Sesiapa yang terpilih akan Kuangkat untuk memerintah mereka.

Kerana siapakah seperti Aku?

Siapakah yang berani menentang Aku?

Siapakah gerangan gembala yang dapat bertahan di hadapan-Ku?

45Oleh sebab itu dengarlah rancangan yang ditetapkan TUHAN menentang Babel

dan rancangan yang dibuat-Nya menentang tanah orang Kasdim:

Sesungguhnya, yang terkecil daripada kawanan domba itu pun akan diseret.

Sesungguhnya, padang ragut mereka sendiri akan tercengang kerana mereka.

46Bumi gempa kerana bunyi penawanan Babel.

Teriakan mereka terdengar dalam kalangan bangsa.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help