Kejadian 45 - Alkitab Versi Borneo

Yusuf berdamai dengan saudaranya

1 dari Tanah Mesir untuk para anakmu dan para isterimu. Jemputlah ayahmu dan datanglah ke mari.

20Jangan berasa sayang meninggalkan barang-barangmu, kerana apa yang terbaik di seluruh Tanah Mesir pun akan menjadi milikmu.’ ”

21Maka para anak Israel pun berbuat demikian. Yusuf memberikan kepada mereka beberapa buah gerabak sebagaimana yang diperintahkan oleh Firaun, serta bekal untuk kegunaan dalam perjalanan.

22Selain itu, dia memberikan sepasang persalinan untuk masing-masing, tetapi Benyamin diberinya tiga ratus keping wang perak dan lima pasang persalinan.

23Untuk ayahnya pula dikirimnya sepuluh ekor keldai jantan yang memuat barang-barang terbaik dari Mesir serta sepuluh ekor keldai betina yang memuat gandum, roti, dan makanan untuk ayahnya selama dalam perjalanannya kelak.

24Kemudian Yusuf melepaskan pemergian para saudaranya. Ketika mereka berangkat, berpesanlah dia kepada mereka, “Semoga jangan ada perkelahian sesama sendiri sewaktu dalam perjalanan!”

25Maka pergilah mereka dari Mesir lalu sampai di Tanah Kanaan, tempat Yakub, ayah mereka.

26Mereka memberitahunya, “Yusuf masih hidup! Bahkan dialah yang menjadi pemerintah ke atas seluruh Tanah Mesir!” Hati Yakub tetap dingin kerana dia tidak mempercayai mereka.

27Namun demikian, ketika mereka menyampaikan kepadanya semua yang diucapkan Yusuf kepada mereka, dan setelah dilihatnya gerabak yang dikirim oleh Yusuf untuk menjemputnya, barulah bangkit semula semangat Yakub, ayah mereka itu.

28Maka berkatalah Israel, “Cukuplah sudah! Anakku Yusuf masih hidup! Aku hendak pergi melihat dia sebelum aku mati.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help