1 kerana Aku tidak akan mengasihani keturunan kaum Israel lagi sehingga Aku sudi mengampuni mereka.
7Tetapi Aku akan mengasihani keturunan kaum Yehuda dan menyelamatkan mereka demi TUHAN, Allah mereka. Aku tidak akan menyelamatkan mereka dengan busur panah, dengan pedang, dengan peperangan, dengan kuda, atau dengan pasukan berkuda.”
8Setelah Lo-Ruhama bercerai susu, perempuan itu mengandung lagi lalu melahirkan seorang anak lelaki.
9Firman TUHAN, “Namailah dia Lo-ami, kerana kamu bukan umat-Ku dan Aku tidak mahu menjadi Allahmu.”
Janji tentang penyelamatan10 Rm 9:26. Namun demikian, jumlah orang Israel kelak akan seperti pasir laut yang tidak dapat disukat atau dihitung. Nanti, di tempat dikatakan kepada mereka, ‘Kamu bukan umat-Ku,’ di situ akan dikatakan kepada mereka, ‘Kamulah anak-anak Allah yang hidup.’
11Bani Yehuda dan orang Israel akan berkumpul bersama-sama dan akan mengangkat seorang pemimpin atas mereka. Mereka akan keluar dari negeri ini, kerana hebatlah kelak hari Yizreel itu.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.