Kejadian 37 - Alkitab Versi Borneo

Yusuf dan saudara-saudaranya

1Yakub tinggal di negeri tempat ayahnya menjadi pendatang, iaitu di Tanah Kanaan.

2Inilah salasilah keturunan Yakub.

Maka Yusuf anaknya yang berusia tujuh belas tahun itu menggembalakan kawanan ternakan bersama-sama para saudaranya. Dia yang masih muda itu menyertai anak Bilha dan Zilpa, kedua-dua isteri ayahnya, dan Yusuf sering menyampaikan laporan yang buruk tentang saudara-saudaranya kepada ayahnya.

3Israel memang lebih mengasihi Yusuf daripada semua anaknya yang lain, kerana dialah anak yang lahir pada masa tuanya. Maka dia membuatkan untuk Yusuf sehelai jubah indah yang berlengan panjang.

4Apabila para saudaranya melihat betapa ayah mereka lebih mengasihi Yusuf berbanding dengan kesemua saudaranya, mereka pun membencinya dan tidak mahu ramah mesra jika berbicara dengannya.

5Yusuf yang mendapat satu mimpi menceritakan mimpinya itu kepada para saudaranya lalu mereka menjadi semakin benci kepadanya.

6Kata Yusuf kepada mereka, “Dengarlah mimpi yang kudapat ini.

7Sewaktu kita sedang mengikat berkas-berkas gandum di ladang, tiba-tiba berkas gandumku bangkit dan berdiri tegak, lalu datanglah berkas-berkas gandummu mengelilingi berkas gandumku dan sujud memberi hormat.”

8Kata para saudaranya kepadanya, “Masakan engkau mahu bertakhta atas kami atau berkuasa atas kami?” Tentunya mereka menjadi semakin benci kepadanya atas sebab mimpinya serta kata-katanya itu.

9Setelah itu Yusuf bermimpi suatu mimpi yang lain, lalu dia menceritakannya kepada para saudaranya, katanya, “Dengar, aku bermimpi lagi. Kelihatan matahari, bulan, dan sebelas butir bintang sujud memberi hormat kepadaku.”

10Tetapi, ketika Yusuf menceritakan mimpinya itu kepada ayahnya serta para saudaranya, ayahnya mengherdiknya dan berkata kepadanya, “Mimpi apa itu? Akankah aku, ibumu, dan para saudaramu datang dan sujud memberi hormat kepadamu?”

11 untuk dibawa ke Mesir.

26Lalu berkatalah Yehuda kepada para saudaranya, “Apa untungnya kita membunuh adik kita dan menyembunyikan darahnya?

27Mari kita jualkannya kepada bani Ismael ini. Jangan kita cederakan dia, kerana dia memang adik kita, darah daging kita.” Maka para saudaranya pun menyetujui kata-katanya.

28Keb 10:13; Kis 7:9.Ketika para saudagar Midian itu tiba berdekatan mereka, Yusuf ditarik dan diangkat keluar dari dalam perigi, lalu dijual kepada bani Ismael itu dengan harga dua puluh keping perak. Maka kumpulan orang itu pun membawa Yusuf ke Mesir.

29Ketika Ruben kembali ke perigi itu, dilihatnya Yusuf sudah tiada di dalam perigi. Maka dia pun mengoyakkan pakaiannya.

30Dia kembali kepada para saudaranya dan berkata, “Budak itu tidak ada lagi! Ke manakah aku harus pergi sekarang?”

31Lalu mereka menyembelih seekor kambing jantan lalu mengambil jubah Yusuf dan mencelupkan jubah tersebut ke dalam darah kambing tadi.

32Setelah itu, mereka membawa jubah indah berlengan panjang itu kepada ayah mereka lalu berkata, “Kami menemukan jubah ini. Periksalah, adakah ini jubah anak Bapa atau bukan?”

33Yakub memeriksanya, lalu berkata, “Ini jubah anakku! Binatang buas menyerangnya! Pasti Yusuf telah dikoyak-koyakkan oleh binatang itu!”

34Lalu Yakub mengoyakkan pakaiannya dan mengenakan pakaian berkabung lalu diratapinya anaknya itu berhari-hari lamanya.

35Semua anaknya baik lelaki mahupun perempuan berusaha menghiburkannya, tetapi dia enggan dihiburkan. Katanya, “Tidak! Dengan meratap aku akan turun mendapatkan anakku di alam kubur.” Demikianlah Yusuf ditangisi oleh ayahnya.

36Sementara itu, di negeri Mesir Yusuf dijual oleh orang Midian itu kepada Potifar, seorang pegawai istana Firaun iaitu ketua pengawal diraja.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help