Mazmur 127 - Alkitab Versi Borneo

Nyanyian ziarah Salomo.

1Melainkan TUHAN mendirikan rumah,

sia-sialah tenaga orang yang membinanya.

Melainkan TUHAN menjaga kota,

sia-sialah pengawal berjaga malam.

2Sia-sia sahaja kamu bangun awal pagi, berjaga sampai larut malam, bertungkus-lumus untuk mencari makanan —

kerana demikianlah Dia memberikan tidur lena kepada orang yang dikasihi-Nya.

3Ketahuilah, anak-anak ialah warisan daripada TUHAN,

hasil daripada rahim adalah suatu ganjaran.

4Seperti anak-anak panah di tangan perwira, demikianlah anak-anak daripada usia muda seseorang.

5Diberkatilah orang yang banyak mempunyai anak-anak panah demikian.

Mereka tidak akan malu tetapi akan berbicara dengan musuh mereka di pintu pagar.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help