Mazmur 41 - Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik.Mazmur Daud.

1Diberkatilah orang yang mengambil berat terhadap orang miskin;

TUHAN akan menyelamatkannya pada waktu kesusahan.

2TUHAN akan memeliharanya dan melindungi nyawanya;

dan dia akan diberkati di atas bumi;

Engkau tidak akan menyerahkannya ke tangan musuhnya.

3TUHAN akan memberinya kekuatan ketika dia terbaring sakit;

Engkau akan memelihara dan memulihkannya.

4Aku berkata, “Ya TUHAN, kasihanilah aku;

pulihkan jiwaku, kerana aku telah berdosa terhadap-Mu.”

5Musuhku menuturkan kata-kata yang buruk tentangku,

“Bilakah dia akan mati dan namanya lenyap?”

6Dan jika dia datang menziarahiku,

dia berdusta, hatinya mengumpul kejahatan;

dan apabila dia pergi, dia menyebarkannya.

7Semua yang membenciku berbisik dan berpakat menentangku;

mereka merancang untuk mencederakan aku.

8“Penyakit yang keji,” kata mereka, “telah menimpanya;

sekarang dia terlantar dan tidak akan bangun lagi.”

9 Mat 26:23; Mrk 14:18; Luk 22:21; Yoh 13:18. Sampaikan sahabat karibku yang kupercayai,

yang makan bersama di rumahku,

telah berpaling menentangku.

10Tetapi Engkau, ya TUHAN, kasihanilah aku;

dan pulihkan aku, supaya dapat kubalas perbuatan mereka.

11Dengan demikian tahulah aku bahawa Engkau berkenan kepadaku,

apabila musuhku tidak Kaubiarkan mengalahkanku.

12Dan Engkau menegakkan aku dalam keikhlasanku

dan meletakkan aku di hadirat-Mu selama-lamanya.

13 Mzm 106:48. Segala puji bagi TUHAN, Allah Israel,

yang tiada permulaan dan tiada kesudahan selama-lamanya.

Amin, Amin.

Jilid II: 42 — 72
Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help