Mazmur 40 - Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik.Mazmur Daud.

1Aku menantikan TUHAN dengan sabar;

lalu Dia berpaling kepadaku dan mendengar rayuanku.

2Dia mengeluarkanku daripada lubang yang dahsyat,

daripada tanah liat berpaya;

dan meletakkan aku berpijak di atas bukit batuan serta menetapkan langkahku.

3Dia telah meletakkan nyanyian baru di bibirku,

puji-pujian kepada Allah kita.

Ramai yang akan melihat dan berasa takut

lalu percaya kepada TUHAN.

4Diberkatilah orang yang menjadikan TUHAN kepercayaannya,

dan tidak gentar terhadap orang angkuh serta pendusta.

5Sungguh banyak, ya TUHAN, Ya Allahku,

perbuatan menakjubkan yang telah Kaulakukan.

Dan ingatan-Mu kepada kami tidak dapat disebutkan satu persatu;

kalaulah aku cuba mengisytiharkannya, banyaknya tidak terkira.

6 di perhimpunan besar;

sesungguhnya aku tidak mengekang mulutku,

Ya TUHAN, Engkau sendiri mengetahui.

10Aku tidak menyembunyikan perbenaran-Mu dalam hatiku;

aku telah mengisytiharkan kesetiaan-Mu dan penyelamatan-Mu.

Aku tidak merahsiakan kasih-Mu dan kebenaran-Mu daripada perhimpunan besar.

11Janganlah berhenti memberikan belas kasihan-Mu, ya TUHAN;

peliharakanlah aku sentiasa dengan kasih-Mu dan kebenaran-Mu.

12Kerana terlalu banyak kejahatan mengelilingiku;

dosaku telah dapat memburuku,

tidak terdaya aku mengangkat mata.

Bilangannya melebihi rambut di kepalaku,

maka hatiku tidak bermaya menghadapinya.

13Ya TUHAN, berkenanlah untuk menyelamatkanku;

Ya TUHAN, segeralah tolong aku.

14Biar mereka dimalukan dan dikelirukan,

mereka yang ingin meragut nyawaku;

biar mereka berundur dan menanggung aib

mereka yang hendak memusnahkan aku.

15Biar mereka berundur kerana malu,

mereka yang mengejekku, “Aha! Aha!”

16Biar semua yang mencari-Mu

bergembira dan bersukacita kerana-Mu;

dan biar mereka yang cinta akan penyelamatan-Mu berkata sentiasa,

“TUHAN Maha Tinggi!”

17Aku miskin dan sesak;

tetapi Tuhan ingat kepadaku.

Engkaulah penolong dan penyelamatku;

janganlah berlengah-lengah, ya Allahku.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help