Yesaya 45 - Alkitab Versi Borneo

Kores, raja Parsi, alat Allah

1Beginilah firman TUHAN kepada orang yang dilantik-Nya,

kepada Kores, yang Kupegang tangan kanannya

untuk menakluki bangsa-bangsa di hadapannya,

untuk melucuti kekuatan raja-raja,

untuk membuka pintu-pintu di hadapannya sehingga pintu-pintu gerbang tidak lagi tertutup.

2“Aku akan memimpinmu

dan meluruskan tempat yang bengkang-bengkok.

Aku akan memecahkan pintu-pintu gangsa dan mematahkan palang-palang pintu besi.

3Aku akan mengurniakan kepadamu harta karun yang tersimpan dalam gelap

dan kekayaan yang ada di tempat-tempat tersembunyi,

supaya engkau tahu bahawa Aku, TUHAN,

yang memanggil engkau dengan namamu ialah Allah Israel.

4Demi hamba-Ku Yakub

dan demi Israel, pilihan-Ku,

Aku memanggil engkau dengan namamu.

Aku memberi kamu gelaran, sungguhpun engkau tidak mengenal Aku.

5Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain.

Tidak ada Allah selain Aku.

Aku memperlengkapkan engkau,

sungguhpun engkau tidak mengenal Aku,

6supaya orang tahu, dari terbitnya matahari sampai terbenamnya di barat,

bahawa tidak ada yang lain selain Aku.

Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain.

7Akulah yang mewujudkan cahaya dan menciptakan gelap,

Akulah yang mendatangkan kesejahteraan dan menciptakan malapetaka.

Aku, TUHAN, membuat segala hal ini.

8Wahai langit, titiskanlah perbenaran dari atas

dan biarlah awan mencurahkannya.

Biarlah bumi membukakan diri

dan membuahkan penyelamatan.

Biarlah perbenaran turut tumbuh bersama.

Aku, TUHAN, telah menciptakan hal itu.”

Allah ialah Pencipta

9

dan Aku akan meluruskan segala jalannya.

Dia akan membangunkan kota-Ku kembali

dan melepaskan umat-Ku yang dibuang,

tanpa bayaran dan tanpa rasuah,”

demikianlah firman TUHAN alam semesta.

14Beginilah firman TUHAN,

“Hasil jerih lelah Mesir dan keuntungan niaga Kush

serta orang Seba yang berperawakan tinggi

akan beralih kepadamu dan menjadi milikmu.

Mereka akan berjalan di belakangmu dan datang kepadamu dengan dirantai.

Mereka akan sujud memberi hormat kepadamu dan memohon kepadamu dengan berkata,

‘Sesungguhnya, Allah menyertaimu, tidak ada yang lain.

Tidak ada tuhan yang lain!’ ”

15Sesungguhnya, Engkau ialah Allah yang menyembunyikan diri,

Wahai Allah Israel, Penyelamat.

16Mereka semua akan malu, bahkan mendapat aib.

Tukang-tukang berhala akan berjalan bersama-sama dalam keaiban.

17Tetapi Israel akan diselamatkan TUHAN

dengan penyelamatan yang kekal.

Kamu tidak akan malu dan tidak akan mendapat aib sampai selama-lamanya.

18Beginilah firman TUHAN,

yang menciptakan langit –

Dialah Allah yang membentuk bumi dan menjadikannya.

Dialah yang mengukuhkannya.

Dia menciptakannya bukan supaya kosong,

melainkan membentuknya supaya dihuni –

“Akulah TUHAN

dan tidak ada yang lain!

19Tidak pernah Aku berfirman dengan sembunyi-sembunyi

di suatu tempat di alam gelap.

Tidak pernah Aku berfirman kepada keturunan Yakub,

‘Carilah hadirat-Ku dengan sia-sia.’

Aku, TUHAN, selalu mengatakan kebenaran,

selalu memberitahukan apa yang betul.”

Seruan kepada bangsa-bangsa agar kembali kepada Allah

20“Berkumpullah dan datanglah!

Ke marilah bersama-sama, wahai kamu yang terselamat di antara bangsa!

Tidak berpengetahuan orang yang mengarak patung ukiran daripada kayu,

yang berdoa kepada tuhan yang tidak dapat menyelamatkan.

21Beritahulah dan kemukakanlah alasanmu!

Ya, biarlah mereka berunding bersama-sama.

Siapakah yang mengkhabarkan hal ini sejak zaman dahulu,

yang memberitahukannya sejak dahulu?

Bukankah Aku, TUHAN?

Tidak ada tuhan lain selain Aku,

Allah yang benar dan Penyelamat.

Tidak ada yang lain selain Aku.

22Berpalinglah kepada-Ku dan biarlah kamu diselamatkan,

wahai segala hujung bumi,

kerana Akulah Allah dan tidak ada yang lain.

23 dan kekuatan.’

Semua orang yang marah kepada-Nya

akan datang menghampiri Dia dan mendapat malu.

25Dalam TUHAN semua keturunan Israel

akan dinyatakan benar dan akan bermegah.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help