1Lalu bersungutlah orang Israel di hadapan TUHAN mengenai nasib malang yang menimpa mereka dan ketika TUHAN mendengarnya, menyalalah kemurkaan-Nya lalu api TUHAN menyala dalam kalangan mereka dan menghanguskan bahagian pinggiran perkhemahan.
2Maka berserulah bangsa itu kepada Musa dan Musa pun berdoa kepada TUHAN, lalu padamlah api itu.
3Itulah sebabnya tempat itu dinamai Tabera kerana api TUHAN menyala dalam kalangan mereka.
Rungutan tentang makanan4Maka pada suatu waktu, gerombolan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam kalangan mereka itu amat bernafsu untuk makan daging lalu menangislah orang Israel seraya berkata, “Kalaulah ada yang memberi kita daging untuk dimakan!
5Kita ingat akan ikan yang kita makan di Mesir yang didapati dengan percuma sahaja, mentimun, tembikai, bebawang, bawang merah, dan bawang putih.
6Tetapi sekarang kita kurus kering. Tidak ada apa-apa selain manna yang kita lihat di hadapan mata.”
7 , kemudian mereka menebarkan semuanya di sekeliling perkhemahan.
33Akan tetapi, sementara daging masih dikunyah oleh mereka dan belum ditelan, menyalalah kemurkaan TUHAN terhadap bangsa itu. TUHAN mengazab mereka dengan wabak yang amat besar.
34Itulah sebabnya tempat itu dinamai Kibrot-Taawa, kerana di sanalah dikebumikan orang yang bernafsu makan daging.
35Dari Kibrot-Taawa bangsa itu melanjutkan perjalanan ke Hazerot, lalu mereka tinggal di Hazerot.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.