1Pertama-tama aku menyeru supaya permohonan, doa, syafaat dan kesyukuran dinaikkan untuk semua manusia —
2untuk raja-raja dan semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman tenteram, salih dan penuh hormat.
3Inilah yang baik dan diredai oleh Allah Penyelamat kita
4yang berkehendakkan semua manusia diselamatkan dan mengetahui apa yang benar.
5Hanya ada satu Allah dan hanya ada satu pengantara antara Allah dengan manusia iaitu seorang insan Kristus Yesus.
6Dia telah menyerahkan diri-Nya untuk menebus dosa seluruh umat manusia, dan hal ini akan dipersaksikan pada masanya.
72Tim 1:11.Itulah sebabnya aku dijadikan pemberita Injil dan rasul — aku berkata benar, aku tidak berdusta — dan sebagai pengajar kepada bangsa asing dalam iman dan kebenaran.
8Oleh itu, aku menyeru kaum lelaki di mana-mana sahaja supaya berdoa serta menadahkan tangan yang suci, tanpa kemarahan atau perselisihan.
91Ptr 3:3.Aku juga menyeru kaum perempuan supaya berpakaian serta menghias diri dengan sopan santun dan sederhana. Jangan berhias dengan jalinan rambut yang berlebihan atau dengan emas ataupun mutiara mahupun pakaian yang mahal-mahal.
10Hiasi diri dengan perbuatan baik, yang sepatutnya bagi perempuan yang mengaku kesolehannya.
11Perempuan hendaklah belajar dengan senyap dan rendah hati.
12Aku tidak membenarkan perempuan mengajar atau memerintah lelaki; dia harus berdiam diri
13Kej 2:7. Kej 2:21,22.kerana Adam telah dicipta dahulu, kemudian barulah Hawa.
14Kej 3:1-6.Dan bukan Adam yang terperdaya, tetapi perempuan itu yang terperdaya, lalu melakukan dosa.
15Walaupun demikian, perempuan akan diselamatkan dengan melahirkan anak jika mereka tetap dalam iman, kasih, dan kesucian dengan penguasaan diri.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.