Mazmur 3 - Alkitab Versi Borneo

Mazmur Daud ketika dia melarikan diri daripada anaknya Absalom.

1Ya TUHAN, betapa ramainya musuhku!

Betapa ramai yang bangkit melawanku!

2Ramai yang berkata tentangku,

“Allah tidak akan menyelamatkannya.” Sela

3Tetapi Engkau ialah perisai yang melindungiku, ya TUHAN;

Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku.

4Kepada TUHAN aku berseru lantang,

dan Dia menyahut seruanku dari bukit suci-Nya. Sela

5Aku baring dan tidur;

aku terjaga semula,

kerana TUHAN memeliharaku.

6Aku tidak akan takut kepada puluhan ribu yang bersiap sedia melawanku dari setiap pihak.

7Bangkitlah, ya TUHAN!

Selamatkanlah aku, Ya Allahku!

Palulah semua musuhku di tulang rahang mereka;

patahkanlah gigi orang zalim.

8Daripada TUHAN datang penyelamatan.

Semoga Engkau memberkati umat-Mu. Sela

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help