2 Korintus 6 - Alkitab Versi Borneo

1Sebagai rakan-rakan sekerja, kami meminta kepadamu, janganlah sia-siakan kasih kurnia Allah yang telah kamu terima,

2 di tangan kanan dan kiri.

8Kami dimuliakan dan dihina, dikeji dan dipuji. Kami dipanggil penipu sedangkan kami benar.

9Kami dianggap tidak dikenali, padahal terkenal. Kami disangka sudah hampir mati, tetapi ternyata masih hidup. Kami dibelasah, namun tidak dibunuh.

10Kami disedihkan, tetapi sentiasa gembira. Kami miskin, namun ramai yang kami perkaya. Kami tidak memiliki apa-apa, tetapi kami mempunyai segala-galanya.

11Wahai orang Korintus! Kami telah bercakap terus terang kepadamu, hati kami terbuka luas.

12Kamu terbatas bukanlah oleh kami tetapi oleh perasaanmu sendiri.

Jangan berpasangan dengan orang yang tidak beriman

13Oleh itu, aku berkata seperti kepada anak-anak, bukalah hatimu supaya antara kita saling berterus terang.

14Janganlah berpasangan dengan orang yang tidak beriman. Pasangan begitu tidak sepadan; kerana adakah persamaan antara yang benar dengan yang derhaka? Dapatkah terang bersatu dengan gelap?

15Adakah muafakat antara Kristus dengan Belial? Adakah kesamaan antara orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman?

161Kor 3:16; 6:19. Im 26:12; Yeh 37:27.Apakah hubungannya antara bait Allah dengan berhala-berhala? Kita ialah bait Allah yang hidup, seperti dalam firman-Nya,

“Aku akan tinggal dalam mereka dan berjalan di antara mereka.

Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.”

17 Yes 52:11. Oleh itu,

“Keluarlah daripada kalangan mereka,

dan asingkanlah dirimu daripada mereka,” demikianlah firman Tuhan.

“Jangan sentuh yang najis,

maka Aku akan menerimamu”

18 2Sam 7:14; 1Taw 17:13; Yes 43:6; Yer 31:9. “Aku akan menjadi Bapamu,

dan kamu, anak-anak-Ku lelaki perempuan, demikianlah

firman Tuhan Yang Maha Kuasa.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help