Matius 12 - Alkitab Versi Borneo

Tuhan atas hari Sabat

1 mereka.

10Di situ ada seorang yang lumpuh sebelah tangannya. Beberapa orang cuba mencari alasan untuk menuduh Yesus. Mereka bertanya kepada-Nya, “Tidakkah menyembuhkan orang pada hari Sabat melanggar hukum?”

11 yang berpecah belah tidak dapat bertahan.

26Begitu juga, andainya Iblis mengusir Iblis, dia akan berpecah belah, dan bagaimanakah kerajaannya dapat bertahan?

27Tetapi jika Aku menghalau roh-roh iblis dengan kuasa Beelzebul, maka dengan kuasa siapakah pula pengikut-pengikutmu menghalau roh-roh iblis? Oleh itu, merekalah yang akan menjadi hakimmu.

28Tetapi jika Aku menghalau roh-roh iblis dengan Roh Allah, maka sesungguhnya kerajaan Allah sudah bertapak dalam kalanganmu.

29 Tob 8:3. Atau bagaimanakah orang dapat memasuki rumah seorang yang gagah dan merampas harta bendanya kecuali orang gagah itu dapat diikat dahulu? Selepas itu, barulah dia dapat merompak rumahnya.

30 Mrk 9:40. Orang yang tidak berpihak kepada-Ku menentang-Ku; dan orang yang tidak mengumpulkan bersama-Ku mencerai-beraikan.

31Ketahuilah: Orang yang berbuat dosa dan mengucapkan kata-kata kufur akan diampuni, tetapi mereka yang mengkufuri Roh Kudus tidak akan diampuni.

32Luk 12:10.Orang yang menentang Anak Manusia dengan kata-katanya dapat diampuni, tetapi mereka yang menghina Roh Kudus tidak dapat diampuni, baik di dunia mahupun di akhirat.”

33 Sir 27:6; Mat 7:20; Luk 6:44. “Jika kamu ingin mendapat buah yang baik, kamu harus mempunyai pokok yang baik. Jika pokok tidak baik, buahnya pun tidak baik. Baik tidaknya pokok diketahui daripada buahnya.

34Mat 3:7; 23:33; Luk 3:7. Mat 15:18; Luk 6:45.Hai kamu bagaikan ular kapak berbisa, bagaimana dapat kamu tuturkan perkara yang baik sedangkan dirimu jahat? Yang diluahkan mulut meluap daripada hati.

35Orang yang baik membuahkan hal-hal baik daripada khazanah simpanannya kerana hatinya penuh kebaikan. Orang yang jahat membuahkan hal-hal jahat kerana hatinya penuh kejahatan.

36Aku berkata kepadamu: Pada hari penghakiman, setiap orang harus mempertanggungjawabkan setiap katanya yang tidak sewajarnya dituturkan.

37Kata-katamu sendiri akan dijadikan ukuran sama ada kamu bersalah atau tidak, dan dengan kata-katamu sendiri pula kamu dihukum.”

Petanda Yunus

38 Mat 16:1; Mrk 8:11; Luk 11:16. Selepas itu, beberapa orang ahli Taurat dan orang Farisi berkata kepada Yesus, “Guru, kami ingin melihat suatu tanda mukjizat daripada-Mu.”

39 Mat 16:4; Mrk 8:12. Tetapi Yesus menjawab, “Manusia zaman yang durjana dan tidak setia ini ingin melihat tanda mukjizat. Tetapi satu tanda pun tidak akan ditunjukkan kepadanya kecuali tanda nabi Yunus.

40Yun 1:17.Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut ikan besar, begitu jugalah Anak Manusia akan tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut bumi.

41Yun 3:5.Pada hari penghakiman, orang Niniwe akan bangkit bersama orang zaman ini dan menuduhnya pula kerana orang Niniwe itu bertaubat apabila mendengar perkhabaran Yunus; dan sekarang di sini ada yang lebih besar daripada Yunus.

421Raj 10:1-10; 2Taw 9:1-12.Pada hari penghakiman, Ratu Syeba dari Selatan akan bangkit bersama orang zaman ini dan menuduhnya pula, kerana dia telah datang dari hujung bumi untuk mendengar hikmah Raja Salomo; dan sekarang di sini ada yang lebih besar daripada Raja Salomo.

43Apabila roh jahat keluar daripada seseorang, roh itu akan menjelajahi kawasan yang tandus untuk mencari tempat berehat. Sekiranya tempat itu tidak ditemukannya,

44roh itu akan berkata, ‘Aku akan pulang ke rumah yang telah kutinggalkan.’ Roh itu pun pulang dan mendapati rumah itu kosong, bersih dan kemas.

45Roh itu lalu pergi memanggil tujuh roh lain yang lebih durjana daripadanya. Semuanya memasuki tubuh orang itu dan menetap di situ. Akhirnya keadaan orang itu lebih teruk daripada dahulu. Inilah yang akan terjadi kepada manusia durjana zaman ini.”

Yesus dan sanak saudara-Nya

46Sedang Yesus berbicara dengan orang ramai, ibu dan saudara-saudara-Nya datang berdiri di luar kerana hendak bercakap dengan Yesus.

47Seorang daripada orang ramai itu memberitahu Yesus, “Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar dan hendak bercakap dengan-Mu.”

48Tetapi Yesus menjawab, “Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?”

49Dia menunjuk kepada murid-murid-Nya lalu berkata, “Inilah ibu-Ku dan saudara-saudara lelaki-Ku.

50Sesiapa yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga, merekalah saudara lelaki, saudara perempuan dan ibu-Ku.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help