1Nasihati jemaahmu supaya taat akan pemerintah dan penguasa, serta sentiasa bersedia melakukan kebaikan.
2Larang mereka mengumpat atau bertengkar, dan dorong mereka bersikap ramah-tamah serta lemah lembut kepada semua orang.
3Dahulu kita juga bodoh, ingkar dan sesat. Kita dikuasai pelbagai nafsu dan keinginan. Kita hidup dengki-mendengki dan benci-membenci.
4Tetapi Allah Penyelamat kita menunjukkan belas ihsan dan kasih-Nya kepada kita.
5Allah menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan benar yang kita lakukan, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Dia menyelamatkan kita melalui pentahiran kelahiran semula dan melalui pembaharuan yang dilakukan Roh Kudus.
6Allah melimpahkan Roh Kudus itu kepada kita melalui Yesus Kristus, Penyelamat kita.
7Maka dengan kasih kurnia-Nya kita sudah diperbenar untuk menjadi anak waris yang mendapat hidup kekal yang kita harapkan.
8Kata-kata ini benar. Berikanlah perhatian terhadap hal-hal tersebut, supaya orang yang beriman kepada Allah berusaha sepenuhnya untuk melakukan segala yang baik serta bermanfaat kepada semua orang.
9Sebaliknya, jauhilah perbahasan yang sia-sia, perbuatan menyusur galur nenek moyang, pertengkaran dan pertikaian tentang hukum Taurat. Segala ini tidak membawa faedah.
10Berikan amaran kepada sesiapa yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan jemaah. Nasihati dia sekurang-kurangnya dua kali; jika dia tidak berubah, jauhilah dia.
11Kamu tahu bahawa orang yang demikian itu sesat dan berdosa; dia menjatuhkan hukuman atas dirinya sendiri.
Salam akhir12 Kis 20:4; Ef 6:21,22; Kol 4:7,8; 2Tim 4:12. Apabila aku mengutus Artemas atau Tikhikus kepadamu, cubalah seberapa daya mengunjungiku di Nikopolis, kerana aku telah membuat keputusan akan berada di situ pada musim dingin.
13Kis 18:24; 1Kor 16:12.Berikanlah sepenuh bantuan kepada peguam yang bernama Zenas dan kepada Apolos, supaya mereka dapat memulakan perjalanan tanpa kekurangan apa-apa.
14Jemaah kita haruslah mengamalkan kebajikan untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan. Dengan demikian bergunalah hidup mereka.
15Semua saudara yang bersamaku berkirim salam kepada sahabat-sahabat seiman.
Semoga kasih kurnia menyertai kamu semua.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.