1 .
9Dan 10:13,21; 12:1; Why 12:7. Ul 34:6. Za 3:2.Namun demikian ketua malaikat, Mikhail, tidak berani melafazkan sepatah pun kata nista ketika berbalah dengan Iblis tentang jenazah Musa. Mikhail hanya berkata, “Tuhan murkai kamu!”
10Sebaliknya, orang itu mencaci hal-hal yang langsung tidak difahami oleh mereka. Ada beberapa perkara yang diketahui mereka, tetapi seperti haiwan yang tidak berakal, mereka hanya mengetahui secara naluri, maka kerana itulah mereka binasa.
11Kej 4:3-8. Bil 22:1-35. Bil 16:1-35.Malangnya mereka ini! Mereka telah menurut jejak langkah Kain. Seperti Bileam, mereka telah melibatkan diri dengan perbuatan yang sesat, semata-mata untuk mengejar wang. Mereka telah memberontak seperti Korah, maka mereka dimusnahkan.
12Mereka ini mencemarkan majlis perjamuan kasihmu, kerana mereka seperti gembala yang mencari makanan bagi diri mereka sendiri tanpa segan silu. Mereka seperti awan yang ditiup angin, maka tidak membawa hujan. Mereka ibarat pokok yang tidak berbuah meskipun pada musim buah. Mereka umpama pokok yang telah dicabut dengan akar umbinya dan mengalami dua kali kematian.
13Mereka laksana ombak ganas di lautan yang membuihkan perbuatan aib. Mereka seperti bintang beredar yang telah ditentukan tempatnya dalam kegelapan yang hitam pekat untuk selama-lamanya.
14 Kej 5:18,21-24. Henokh, keturunan ketujuh daripada Adam, pernah bernubuat tentang mereka: “Lihatlah, Tuhan akan datang dengan ribuan malaikat-Nya yang suci.
15Dia akan menghakimi seluruh umat manusia dan menghukum orang yang derhaka kerana perbuatan durjana mereka, dan juga semua caci nista orang yang berdosa terhadap-Nya.”
16Orang sedemikian sentiasa bersungut dan menyalahkan orang lain. Mereka menurut hawa nafsu durjana. Mereka memuji diri sendiri dan mengampu orang tertentu untuk mendapat keuntungan.
Panggilan untuk bertahan17Namun demikian, saudara-saudaraku yang dikasihi, ingatlah kata-kata para rasul Tuhan kita Yesus Kristus.
182Ptr 3:3.Mereka telah berkata kepadamu, “Pada akhir zaman nanti, orang akan tampil dan mengejek-ejekmu. Mereka itu orang yang menurut hawa nafsu yang mungkar.”
19Merekalah yang menjadikan jemaah porak-peranda. Mereka tidak dipimpin oleh Roh tetapi dikuasai oleh hawa nafsu sendiri.
20Tetapi kamu, saudara-saudaraku yang dikasihi, teruskanlah usaha membina hidup yang berasaskan iman yang paling murni. Berdoalah dengan bimbingan Roh Kudus.
21Hiduplah di bawah naungan kasih Allah sementara menunggu belas kasihan Tuhan kita Yesus Kristus yang akan menganugerahimu hidup kekal.
22Amalkan sikap belas kasihan kepada orang yang kurang yakin.
23Berusahalah menyelamatkan orang daripada api. Namun demikian, tunjukkan belas kasihan sesama manusia dengan gentar. Bahkan bencilah pakaian mereka yang dinodai oleh hawa nafsu duniawi.
Pemberkatan24Dia berkuasa memeliharamu supaya kamu tidak tersandung, dan membawamu ke hadirat-Nya yang mulia tanpa cacat cela dan dengan penuh sukacita.
25Dialah Allah yang esa, Penyelamat kita melalui Yesus Kristus, Tuhan kita. Bagi Dialah kemuliaan, keagungan, kekuasaan dan kuasa sejak dahulu hingga sekarang dan untuk selama-lamanya. Amin.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.