1 itu dalam kalanganmu.
7Jadi, sebagaimana kamu kaya dalam segala hal dalam iman, kata-kata, pengetahuan, kesungguhan dan dalam kasihmu kepada kami hendaklah kamu kaya juga dalam pekerjaan yang mulia itu.
8Ini bukanlah satu perintah, tetapi aku menguji keikhlasan kasihmu berbanding kesungguhan orang lain.
9Kamu tahu tentang kasih kurnia Tuhan kita Yesus Kristus. Dia kaya, tetapi kerana kamu Dia telah menjadikan diri-Nya miskin supaya melalui kemiskinan-Nya kamu menjadi kaya.
10Dalam hal ini, aku menasihatimu: Sudah sewajarnya kamu meneruskan apa yang kamu mulakan setahun lalu. Pada masa itu, kamulah yang mula-mula berhasrat memberi, dan kamulah yang mula-mula bertindak.
11Sekarang, hendaklah kamu menyempurnakannya. Dahulu kamu telah membuat keputusan memberi, maka sekarang buktikanlah bahawa kamu bersedia melaksanakannya menurut kemampuanmu.
12Jika seseorang sanggup memberi, Allah reda menerima pemberiannya menurut apa yang dia ada, bukan apa yang dia tidak ada.
13Maksudku bukanlah supaya orang lain dimudahkan manakala kamu disusahkan, tetapi agar terdapat persamaan.
14Kini, kelebihanmu dapat menampung kekurangan mereka. Satu hari nanti, kelebihan mereka dapat menampung kekuranganmu pula, maka terdapatlah persamaan,
15Kel 16:18.seperti yang telah tersurat,
“Orang yang memungut banyak tidak berlebihan,
dan orang yang memungut sedikit tidak kekurangan.”
Titus diutus ke Korintus16Segala puji dan syukur kepada Allah kerana telah meletakkan ke dalam hati Titus keprihatinan yang sama terhadapmu.
17Titus menerima permintaan kami, malah dengan kehendaknya sendiri pergi mengunjungimu.
18Kami mengutus seorang lagi saudara kita bagi menyertai Titus: Seorang yang terpuji dalam kalangan semua jemaah kerana pelayanannya dalam hal-hal Injil.
19Malah dia juga telah dipilih oleh semua jemaah untuk menemani kami dalam perjalanan kami, yang bertujuan menyampaikan pemberian itu, agar Tuhan dimuliakan dan kesediaanmu menolong menjadi nyata.
20Kami juga ingin mengelakkan daripada dicela berkaitan tindakan kami membawa pemberian yang begitu besar.
21Ams 3:4.Kami berusaha melakukan apa yang benar bukan sahaja di mata Tuhan tetapi juga di mata manusia.
22Oleh yang demikian, bersama Titus dan saudara kita itu, kami mengutus seorang lagi saudara kita. Kami telah mengujinya beberapa kali dan mendapatinya amat bersungguh-sungguh. Malah sekarang dia lebih bersungguh-sungguh lagi disebabkan kepercayaan yang sangat besar kepadamu.
23Titus ialah temanku dan rakan sekerjaku untuk kepentinganmu. Saudara-saudara kita yang lain itu adalah utusan jemaah-jemaah, dan kemuliaan Kristus.
24Oleh itu, tunjukkanlah kepada mereka dan di hadapan semua jemaah bukti kasihmu serta kebanggaan kami terhadapmu.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.