1Firman TUHAN datang kepada Nabi Yeremia mengenai bangsa-bangsa.
Tentang Mesir2 dan atas raja-rajanya — atas Firaun dan atas orang yang bergantung kepadanya.
26Aku akan menyerahkan mereka ke dalam tangan orang yang mengancam nyawa mereka, iaitu ke dalam tangan Nebukadnezar, raja Babel, dan ke dalam tangan para pegawainya. Tetapi kemudian negeri itu akan didiami seperti pada zaman dahulu,” demikianlah firman TUHAN.
27 Yer 30:10,11. “Jangan takut, wahai hamba-Ku Yakub,
jangan kecut hati, wahai Israel.
Sesungguhnya, Aku akan menyelamatkan engkau dari tempat yang jauh,
dan keturunanmu dari negeri tempat mereka ditawan.
Yakub akan kembali dan hidup tenang,
aman tanpa ada yang mengusik.
28Jangan takut, wahai hamba-Ku Yakub,”
demikianlah firman TUHAN,
“kerana Aku menyertai engkau.
Aku akan memusnahkan segala bangsa tempat Aku menghalau engkau,
tetapi Aku tidak akan memusnahkan engkau.
Meski demikian, Aku akan menghukum engkau dengan adil,
dan tidak akan begitu sahaja membebaskan engkau daripada hukuman.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.