Mazmur 136 - Alkitab Versi Borneo

1 1Taw 16:34; 2Taw 5:13; 7:3; Ezr 3:11; Mzm 100:5; 106:1; 107:1; 118:1; Yer 33:11. Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik,

kasih-Nya kekal selama-lamanya.

2Bersyukurlah kepada Allah segala allah,

kasih-Nya kekal selama-lamanya.

3Bersyukurlah kepada Tuhan segala tuhan,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

4kepada Dia yang satu-satunya melakukan keajaiban besar,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

5 Kej 1:1. kepada Dia yang dengan kebijaksanaan menjadikan langit,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

6 Kej 1:2. kepada Dia yang membentangkan bumi di atas perairan,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

7 Kej 1:16. kepada Dia yang menjadikan cahaya-cahaya besar,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

8matahari untuk memerintah sewaktu siang,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

9bulan dan bintang untuk memerintah sewaktu malam,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

10 Kel 12:29. kepada Dia yang memusnahkan anak sulung Mesir,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

11 Kel 12:51. dan mengeluarkan kaum Israel daripada kalangan mereka,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

12dengan tangan yang perkasa, dan lengan yang terhulur;

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

13 Kel 14:21-29. kepada Dia yang membelah Laut Merah,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

14dan membolehkan kaum Israel berjalan melaluinya,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

15tetapi menewaskan Firaun dan tenteranya di Laut Merah,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

16kepada Dia yang memandu umat-Nya merentas gurun,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

17kepada Dia yang menggulingkan raja-raja besar,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

18dan membunuh raja-raja yang masyhur,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

19 Bil 21:21-30. Sihon raja orang Amori,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

20 Bil 21:31-35. dan Og raja Basan,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

21dan memberikan tanah mereka sebagai warisan,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

22warisan kepada hamba-Nya Israel,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

23kepada Dia yang ingat kepada kita sewaktu kita tertindas,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

24dan menyelamatkan kita daripada musuh kita,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

25Dia memberikan makanan kepada semua makhluk,

kasih-Nya kekal selama-lamanya.

26Bersyukurlah kepada Allah di syurga,

kasih-Nya kekal selama-lamanya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help