Yesaya 12 - Alkitab Versi Borneo

Nyanyian syukur

1Pada hari itu kamu akan berkata,

“Aku mahu mengucap syukur kepada-Mu, ya TUHAN,

kerana sungguhpun Engkau telah murka kepadaku,

murka-Mu telah surut

dan Engkau menghiburkan aku.

2 Kel 15:2; Mzm 118:14. Sesungguhnya, Allah ialah penyelamatanku.

Aku percaya dan tidak gentar,

kerana TUHAN ALLAH sajalah, kekuatanku dan puji-pujianku.

Dia telah menjadi penyelamatanku.”

3Dengan girang kamu akan menimba air daripada mata air penyelamatan.

4Pada hari itu kamu akan berkata,

“Ucapkanlah syukur kepada TUHAN,

serulah nama-Nya.

Beritahukanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa,

masyhurkanlah bahawa nama-Nya luhur.

5Lantunkanlah puji-pujian bagi TUHAN, kerana perbuatan-Nya agung.

Biarlah hal ini diketahui di seluruh bumi.

6Pekiklah dan bersorak-sorailah,

wahai penduduk Sion,

kerana Yang Maha Suci, Allah Israel,

agung di tengah-tengahmu.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help