1Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu ialah Allah.
2Dia bersama Allah pada permulaan.
3Segala-galanya diciptakan melalui Dia. Daripada segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta tanpa-Nya.
4Hidup ada dalam-Nya, dan hidup itu cahaya manusia.
5Dan cahaya itu bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak menguasainya.
6
17kerana hukum Taurat disampaikan melalui Musa, tetapi kasih kurnia dan kebenaran dinyatakan melalui Yesus Kristus.
18Tiada siapa pernah melihat Allah, melainkan Dia Yang Esa, yang ada di pangkuan Bapa, telah menyerlahkan-Nya.
Kesaksian Yohanes19Inilah kesaksian Yohanes, apabila orang Yahudi di Yerusalem mengutus para imam dan orang Lewi untuk bertanya kepadanya, “Siapakah kamu?”
20Yohanes mengaku, “Aku bukanlah Kristus.”
21 Mereka pun tinggal bersama Yesus pada hari itu.
40Seorang daripada dua orang yang mendengar kata-kata Yohanes lalu mengikut Yesus ialah Andreas, saudara Simon Petrus.
41Andreas segera mencari Simon, saudaranya, dan berkata, “Kami telah bertemu dengan Mesias!” (“Mesias” bererti Kristus.)
42Selepas itu, Andreas membawa Simon berjumpa dengan Yesus.
Yesus memandang Simon lalu berkata, “Kamu Simon anak Yohanes, tetapi kamu akan digelar Kefas.” (Kefas sama ertinya dengan Petrus.)
43Pada keesokan harinya, Yesus membuat keputusan hendak pergi ke Galilea. Dia berjumpa dengan Filipus dan berkata, “Ikutlah Aku.”
44Seperti Andreas dan Petrus, Filipus juga warga kota Betsaida.
45Filipus pula mendapatkan Natanael dan berkata, “Kami telah bertemu dengan orang yang disebut oleh Musa dalam kitab Taurat dan oleh nabi-nabi. Orang itu ialah Yesus anak Yusuf dari Nazaret.”
46Tetapi Natanael berkata, “Mungkinkah sesuatu yang baik datang dari Nazaret?”
“Marilah lihat,” balas Filipus.
47Ketika Yesus melihat Natanael berjalan ke arah-Nya, Dia berkata, “Ini orang Israel tulen, tiada yang palsu pada dirinya.”
48Natanael bertanya, “Bagaimana Engkau mengenal aku?”
Yesus menjawab, “Sebelum Filipus memanggilmu, Aku telah melihatmu di bawah pokok ara itu.”
49Natanael berseru, “Rabbi, Engkau Anak Allah! Engkau Raja bangsa Israel!”
50Yesus berkata, “Adakah kamu beriman kepada-Ku kerana Aku berkata Aku nampak kamu di bawah pokok ara itu? Kamu akan melihat hal-hal yang jauh lebih hebat daripada ini!”
51Kej 28:12.Yesus berkata kepadanya, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kamu akan melihat langit terbuka dan malaikat-malaikat Allah turun naik menemui Anak Manusia.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.