1Setelah itu, Yesus pergi ke seberang Laut Galilea yang juga dipanggil Laut Tiberias.
2Ramai orang mengikut-Nya setelah melihat mukjizat-Nya menyembuhkan orang sakit.
3Yesus mendaki sebuah bukit lalu duduk di situ bersama murid-murid-Nya.
4Pada masa itu Perayaan Paskah orang Yahudi hampir tiba.
5Apabila Yesus memandang sekeliling dan melihat ramai orang datang ke arah-Nya, Dia berkata kepada Filipus, “Dari manakah dapat kita beli makanan untuk semua mereka ini?”
6(Sebenarnya Yesus bertanya itu untuk menduga Filipus sahaja kerana Dia tahu apa yang akan dilakukan-Nya.)
7Filipus menjawab, “Roti yang berharga dua ratus dinar pun tidak cukup, meskipun jika dibahagi secebis seorang.”
8Seorang lagi murid Yesus yang bernama Andreas, saudara Simon Petrus, berkata kepada-Nya,
9“Ada seorang budak di sini yang mempunyai lima buku roti barli dan dua ekor ikan. Tetapi tidak mungkin akan cukup untuk orang seramai ini!”
10Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Ajaklah mereka duduk.” (Di situ ada banyak rumput.) Mereka itu pun duduk, kira-kira lima ribu orang lelaki semuanya.
11Yesus mengambil roti itu lalu mengucap syukur kepada Allah. Selepas itu, Dia membahagi-bahagikan roti itu kepada mereka yang duduk di sini. Kemudian Dia membahagi-bahagikan ikan itu pula sebanyak yang dikehendaki mereka.
12Setelah kenyang semuanya, Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Kumpulkanlah baki makanan, jangan ada yang terbuang.”
13Lalu mereka mengumpulkannya dan mengisi dua belas bakul baki makanan daripada lima buku roti barli yang dimakan oleh orang ramai itu.
14Apabila mereka melihat mukjizat yang dilakukan oleh Yesus itu, mereka pun berkata, “Memang Dialah Nabi yang dinanti-nantikan datang ke dunia!”
15Yesus tahu bahawa mereka hendak datang dan memaksa-Nya menjadi raja. Oleh itu, Dia beredar sekali lagi ke bukit seorang diri.
Yesus berjalan di atas air16Setelah senja hari, para murid Yesus turun ke tasik.
17Mereka menaiki perahu menyeberangi tasik itu ke Kapernaum. Hari sudah gelap namun Yesus belum pulang mendapatkan mereka.
18Ketika itu tasik mulai bergelombang kerana angin bertiup kencang.
19Setelah para murid Yesus berkayuh tiga atau tiga setengah batu, mereka terpandang Dia berjalan di atas air ke arah perahu mereka, lalu mereka pun ketakutan.
20Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Jangan takut, Aku Yesus!”
21Barulah mereka mahu menyambut-Nya naik ke perahu. Pada saat itu juga tibalah perahu itu ke tempat yang dituju.
22Pada keesokan harinya, orang ramai yang berada di seberang tasik menyedari bahawa di situ hanya ada sebuah perahu dan Yesus tidak menaiki perahu itu. Mereka tahu bahawa para murid Yesus telah bertolak menaiki perahu itu tanpa-Nya.
23Kemudian, beberapa buah perahu dari Tiberias berlabuh dekat tempat orang ramai makan roti selepas Tuhan mengucap syukur.
24Apabila mereka tidak melihat Yesus atau murid-murid-Nya, mereka pun menaiki perahu-perahu itu menuju ke Kapernaum untuk mencari Yesus.
Roti hidup25Ketika mereka bertemu dengan Yesus di seberang tasik, mereka bertanya kepada-Nya, “Rabbi, bilakah Engkau sampai ke mari?”
26Yesus menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kamu mencari-Ku bukan kerana kamu telah melihat tanda-tanda mukjizat, tetapi kerana kamu telah dapat makan sehingga kenyang.
27 di Kapernaum.
Kata-kata untuk murid Yesus60Antara murid yang mendengar kata-kata-Nya itu, ramai yang berkata, “Ajaran ini terlalu susah difahami. Siapakah yang dapat menerimanya?”
61Yesus tahu tanpa diberitahu akan rungutan murid-murid-Nya. Lalu Dia berkata kepada mereka, “Adakah perkara ini menyebabkan kamu enggan percaya?
62Bagaimana nanti kalau kamu melihat Anak Manusia naik semula ke tempat asal-Nya?
63Keb 9:13-18.Hanya Roh Kudus memberi hidup. Tubuh tidak ada faedahnya. Apa yang Kukatakan kepadamu ini datang daripada Roh Kudus dan memberi hidup.
64Sungguhpun begitu, sebilangan daripadamu tidak percaya.” (Yesus mengetahui dari mulanya siapa yang enggan percaya dan siapa yang akan mengkhianati-Nya.)
65Yesus berkata lagi, “Maka itulah sebabnya Aku berkata kepadamu, tiada seorang pun dapat datang kepada-Ku kecuali dengan keredaan Allah.”
Pengakuan Petrus66Selepas itu, ramai murid Yesus menjauhkan diri dan tidak lagi mengikut-Nya.
67Oleh yang demikian, Yesus bertanya kepada murid-Nya yang dua belas itu, “Adakah kamu juga akan meninggalkan-Ku?”
68 Mat 16:16; Mrk 8:29; Luk 9:20. Simon Petrus berkata kepada Yesus, “Tuhan, kepada siapa lagi akan kami pergi? Engkaulah yang memiliki kata-kata hidup yang kekal.
69Kami percaya sepenuh hati bahawa Engkaulah Yang Suci daripada Allah.”
70Yesus berkata, “Tidakkah kamu dua belas orang ini Kupilih, tetapi seorang daripadamu ialah iblis?”
71Yang dimaksudkan oleh Yesus ialah Yudas anak Simon Iskariot. Meskipun Yudas salah seorang murid Yesus yang dua belas itu, dia akan mengkhianati-Nya.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.