1“Hiburkanlah, hiburkanlah umat-Ku,”
demikian firman Allahmu.
2“Bicaralah untuk menenangkan hati Yerusalem
dan serukanlah kepadanya
bahawa peperangannya sudah berakhir,
bahawa kesalahannya telah diampunkan,
dan bahawa ia telah menerima hukuman daripada tangan TUHAN
dua kali lipat ganda atas segala dosanya.”
3 apakah kamu hendak membandingkan Dia?
19Patung ukiran? Tukang besi menuangnya,
lalu tukang emas menyalutnya dengan emas dan membuat rantai perak untuknya.
20 Keb 13:11-19; LJE 1:8-40. Orang yang terlalu miskin untuk memberikan persembahan semacam itu memilih kayu yang tidak lekas lapuk.
Dicarinya tukang yang ahli
untuk menegakkan patung ukiran yang tidak akan goyah.
21Tidakkah kamu tahu?
Tidakkah kamu dengar?
Tidakkah diberitahukan kepadamu sejak mula-mula lagi?
Tidakkah kamu mengerti sejak bumi diletakkan dasarnya?
22Dialah yang bertakhta di atas bulatan bumi,
yang penduduknya seperti belalang.
Dialah yang membentangkan langit seperti tirai dan merentangkannya seperti khemah kediaman.
23Dialah yang meniadakan para penguasa dan yang membuat para hakim di bumi seperti sia-sia sahaja.
24Belum lama mereka ditanam,
belum lama mereka ditabur,
belum lama batangnya berakar di tanah,
Dia pun menghembus mereka sehingga mereka layu
dan diterbangkan badai seperti tunggul jerami.
25“Dengan siapa kamu hendak menyamakan Aku sehingga Aku sejajar dengannya?” demikianlah firman Yang Maha Suci.
26 Bar 3:34,35. Layangkanlah pandang ke langit dan lihatlah: siapakah yang mencipta benda-benda itu?
Dialah yang mengeluarkan cakerawala angkasa menurut jumlahnya dan menyebutkan nama kesemuanya.
Kerana besar keperkasaan-Nya dan hebat kuasa-Nya,
tidak ada satu pun yang hilang.
27Mengapakah engkau berkata begini, wahai Yakub,
dan berbicara begini, wahai Israel,
“Jalan hidupku tersembunyi daripada TUHAN dan hak aku dijauhkan Allahku”?
28Tidakkah kautahu, tidakkah kaudengar?
TUHAN ialah Allah yang kekal,
yang menciptakan hujung-hujung bumi.
Dia tidak akan menjadi letih ataupun penat, pengertian-Nya tiada hadnya.
29Dia memberikan kekuatan kepada yang letih,
dan menambah tenaga kepada mereka yang tidak berdaya.
30Orang muda menjadi letih dan penat,
para teruna jatuh tersandung.
31Tetapi mereka yang menanti-nantikan TUHAN akan mendapat kekuatan baru.
Mereka akan terbang tinggi dengan sayap seperti burung rajawali.
Mereka akan berlari dan tidak menjadi penat,
mereka akan berjalan dan tidak menjadi lesu.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.