1Anakku, kuatkan dirimu dengan kasih kurnia yang ada dalam Kristus Yesus.
2Segala yang telah kaudengar daripadaku di hadapan saksi yang ramai, sampaikan kepada orang setia yang dapat mengajarkannya kepada orang lain pula.
3Kamu mestilah ikut serta menanggung kesusahan sebagai seorang askar yang baik di bawah Kristus Yesus.
4Seseorang yang memegang tugas dalam peperangan tidak akan melibatkan dirinya dengan hal ehwal kehidupan ini, supaya dia mendapat keredaan orang yang mengambilnya sebagai askar.
5Demikian juga jika seseorang menyertai pertandingan olahraga, dia tidak akan mendapat mahkota kemenangan melainkan dia bertanding mengikut semua peraturan.
6Petani yang telah bertungkus-lumus, pasti dialah yang pertama menikmati hasil tanaman.
7Fikirkan kata-kataku kerana Tuhan akan mengurniaimu pengertian dalam semua perkara.
8Ingatlah bahawa Yesus Kristus, keturunan Daud, telah dibangkitkan daripada kematian menurut Injil yang kusampaikan,
9yang kerananya aku menderita seolah-olah aku seorang penjahat, sehingga dipenjarakan. Tetapi firman Allah tidak mungkin dipenjarakan.
10Oleh itu, aku menanggung segalanya untuk mereka yang terpilih, supaya mereka juga mendapat penyelamatan dalam Kristus Yesus dengan kemuliaan yang kekal.
11Kata-kata ini benar:
Jika kita mati bersama-Nya,
kita juga akan hidup bersama-Nya;
12 iman, kasih dan kesejahteraan bersama mereka yang menyeru Tuhan dengan hati yang suci.
23Jauhi perbahasan yang sia-sia dan jahil, kerana kamu tahu semua ini mencetuskan perkelahian.
24Hamba Tuhan tidak harus berkelahi. Sebaliknya, mereka mestilah lemah lembut kepada semua orang, pandai mengajar, sabar, dan
25dengan rendah hati menegur orang yang menentang, semoga Allah membukakan hati mereka untuk bertaubat supaya mereka mengenal kebenaran,
26lalu mereka menjadi waras semula dan terlepas daripada cengkaman Iblis yang telah memerangkap mereka untuk melakukan kehendaknya.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.