Matius 23 - Alkitab Versi Borneo

Yesus mengecam orang Farisi

1Yesus berkata kepada orang ramai dan murid-murid-Nya:

2“Ahli Taurat dan orang Farisi menduduki kerusi Musa.

3Oleh itu, patuhilah dan turutilah perintah yang diajarkan oleh mereka. Tetapi jangan contohi perbuatan mereka, kerana tidak selaras dengan ajaran mereka.

4Mereka meletakkan beban yang berat dan sukar dipikul ke atas bahu orang, tetapi mereka langsung tidak mahu menolong orang memikul beban itu.

5

7Mereka suka diberi salam hormat di pasar dan suka dipanggil ‘rabbi.’

8Janganlah suruh orang memanggilmu ‘rabbi,’ kerana kamu semua bersaudara dan Gurumu hanya satu.

9Janganlah panggil sesiapa pun di dunia ini ‘bapa,’ kerana kamu hanya mempunyai satu Bapa yang di syurga.

10Janganlah suruh orang memanggilmu ‘pemimpin,’ kerana Pemimpinmu hanya satu, iaitu Kristus.

11

15Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu merentas lautan dan daratan untuk menarik seseorang menganut agamamu. Namun demikian, setelah berjaya, kamu menjadikannya isi neraka yang dua kali lebih buruk daripadamu.

16Malanglah kamu, pemimpin yang buta! Kamu mengajar orang demikian, ‘Jika seorang bersumpah demi Bait Suci, dia tidak terikat pada sumpahnya. Tetapi jika dia bersumpah demi emas di dalam Bait Suci, dia terikat pada sumpahnya.’

17Hai orang bodoh dan buta! Yang mana lebih penting, emas atau Bait Suci yang menjadikan emas itu suci?

18Kamu juga mengajar orang begini, ‘Jika seseorang bersumpah demi mazbah, dia tidak terikat pada sumpahnya; tetapi jika dia bersumpah demi persembahan di atas mazbah, dia terikat pada sumpahnya.’

19Hai orang yang buta hati! Yang manakah lebih penting, persembahan atau mazbah yang menjadikan persembahan itu suci?

20Ketahuilah apabila seseorang bersumpah demi mazbah, dia bersumpah demi mazbah dan demi segala persembahan di atasnya.

21Apabila seseorang bersumpah demi Bait Suci, dia bersumpah demi Bait Suci itu dan demi Dia yang tinggal di situ.

22 dan buru dari kota ke kota.

35Kej 4:8. 2Taw 24:20,21.Dengan demikian darah semua orang benar yang tertumpah di bumi akan ditanggungkan kepadamu: mulai daripada darah Habel yang tidak bersalah itu hingga kepada darah Zakharia anak Berekhya, yang kamu bunuh di antara rumah ibadat dengan mazbah.

36Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, semuanya itu akan ditanggungkan kepada keturunan zaman ini.

37Yerusalem, Yerusalem! Kamu membunuh nabi dan merejam utusan Allah! Sudah berapa kali Aku ingin mengumpul anak-anakmu seperti seekor ibu ayam mengumpul anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu.

38Yer 22:5.Rumahmu akan ditinggalkan dan terbiar.

39Mzm 118:26.Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, kamu tidak akan melihat Aku lagi sehingga kamu berkata, ‘Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan.’ ”

Blog
About Us
Message
Site Map