Markus 1 - Alkitab Versi Borneo

Yohanes diutus

1Inilah permulaan Injil tentang Yesus Kristus, Anak Allah,

2 lalu mengajar.

22Mat 7:28,29.Mereka kagum dengan ajaran-Nya kerana Dia mengajar dengan penuh wibawa, tidak seperti ahli Taurat mereka.

23Ketika itu seorang yang dirasuk roh jahat berada di saumaah. Dia berseru:

24“Apa yang hendak Kaubuat kepada kami, hai Yesus orang Nazaret? Adakah Engkau hendak membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau ini. Engkau Yang Suci daripada Allah!”

25Yesus membentak roh itu, “Diam! Keluar daripada dia!”

26Roh jahat itu menggoncang-goncang tubuh orang yang dirasuknya lalu keluar sambil menjerit.

27Hal ini menyebabkan semua orang tercengang lalu berbisik sesama sendiri, “Adakah ini suatu ajaran baru? Dia memerintah roh-roh jahat dengan penuh kuasa dan mereka menurut kata-Nya.”

28Dengan demikian, khabar tentang Yesus segera tersebar ke seluruh Galilea.

Yesus menyembuhkan ramai orang

29Yesus dan murid-Nya, termasuk Yakobus dan Yohanes, keluar dari saumaah itu lalu ke rumah Simon dan Andreas.

30Ibu mertua Simon sedang demam terbaring di tempat tidur. Setibanya Yesus di situ, Dia diberitahu tentang hal itu.

31Yesus menghampiri ibu mertua Simon, memegang tangannya dan menolongnya bangun. Demam wanita itu hilang lalu dia melayan mereka.

32Apabila malam menjelang, semua orang sakit dan orang yang dirasuk roh iblis dibawa kepada Yesus.

33Semua penduduk kota berhimpun di hadapan pintu itu.

34Yesus menyembuhkan ramai orang daripada pelbagai penyakit. Dia juga menghalau roh-roh iblis sambil memerintahkan mereka diam kerana mereka tahu siapa Dia.

Yesus mengajar di kota-kota lain

35Keesokannya, pada waktu subuh, Yesus bangun lalu pergi ke luar kota ke suatu tempat yang sunyi untuk berdoa.

36Simon dan rakan-rakannya pergi mencari Yesus.

37Setelah menjumpai-Nya, mereka berkata: “Semua orang sedang mencari-Mu!”

38Yesus berkata, “Kita mesti ke kota-kota lain di negeri ini supaya Aku dapat menyebarkan Injil di sana. Sebab untuk itulah, maka Aku datang.”

39 Mat 4:23; 9:35. Lalu Yesus menjelajah ke serata Galilea dan berkhutbah di saumaah dan menghalau roh-roh iblis.

Yesus menyembuhkan seorang yang sakit kusta

40Seorang yang menghidap penyakit kusta datang kepada Yesus lalu berlutut meminta pertolongan-Nya. Katanya, “Jika Engkau mahu, Engkau dapat mentahirkanku.”

41Yesus berbelas kasihan lalu menghulurkan tangan-Nya menyentuh orang itu sambil berkata, “Aku mahu. Tahirlah!”

42Pada saat itu juga orang itu ditahirkan daripada penyakit kusta.

43Yesus segera menyuruhnya pergi dengan memberikan suatu peringatan keras:

44Im 14:1-32.“Dengarlah, jangan beritahu sesiapa pun hal ini. Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam serta persembahkan korban seperti yang diperintahkan oleh Musa, sebagai kesaksian kepada mereka bahawa kamu sudah ditahirkan.”

45Tetapi orang itu menyebarkan hal itu merata-rata dan terus-menerus, sehingga Yesus tidak dapat masuk ke bandar terang-terangan. Yesus tinggal di luar kota di tempat-tempat yang lengang, namun orang dari pelbagai kawasan datang kepada-Nya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help