1Ketika kerajaan Rehabeam sudah kukuh dan kedudukannya sudah kuat, dia serta seluruh Israel meninggalkan hukum TUHAN.
2Oleh sebab mereka berbuat mungkar terhadap TUHAN, majulah Sisak, raja Mesir, menyerang Yerusalem, pada tahun kelima zaman pemerintahan Raja Rehabeam.
3Sisak membawa seribu dua ratus buah rata dan enam puluh ribu pasukan berkuda. Pasukan yang datang bersama-samanya dari Mesir pun tidak terhitung banyaknya, iaitu orang Libia, orang Suki, dan orang Kush.
4Direbutnya kota-kota berkubu di Yehuda sampai sejauh Yerusalem.
5Kemudian datanglah Nabi Semaya menghadap Rehabeam dan para pembesar Yehuda yang berkumpul di Yerusalem kerana Sisak. Katanya kepada mereka, “Beginilah firman TUHAN, ‘Kamu sudah meninggalkan Aku, sebab itu Aku pun meninggalkan kamu dalam kuasa Sisak.’ ”
6Maka para pembesar Israel dan raja merendahkan diri lalu berkata, “TUHAN memang benar.”
7Ketika TUHAN melihat bahawa mereka merendahkan diri, datanglah firman TUHAN untuk Semaya, demikian, “Kerana mereka telah merendahkan diri, Aku tidak akan membinasakan mereka. Aku akan mengurniai mereka sedikit keluputan, dan murka-Ku tidak akan Kucurahkan ke atas Yerusalem dengan perantaraan Sisak.
8Namun demikian, mereka akan menjadi hamba-hambanya, supaya mereka tahu bagaimana bezanya menghamba kepada-Ku dengan menghamba kepada kerajaan-kerajaan negeri lain.”
9 , anaknya, menaiki takhta untuk menggantikan dia.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.