1Jangan gusar kerana orang melakukan kejahatan
dan jangan iri hati kepada orang yang melakukan kedurjanaan;
2kerana tidak lama lagi mereka akan ditebas seperti rumput,
dan layu seperti layunya tumbuhan hijau.
3Percayalah kepada TUHAN, dan lakukan kebaikan;
tinggallah di tanah ini dan berpeganglah kepada kesetiaan-Nya.
4Cari kebahagiaan daripada TUHAN,
maka Dia akan menunaikan hasrat hatimu.
5Serahkan jalan hidupmu kepada TUHAN;
percayalah kepada-Nya maka Dia akan bertindak:
6Dia akan menyatakan perbenaranmu seterang cahaya,
dan keadilanmu seterang matahari tengah hari.
7Sandarkan hatimu kepada TUHAN dan sabarlah menanti tindakan-Nya;
jangan gusar kerana ada yang makmur mengikut jalan sendiri,
kerana ada yang menjayakan rancangan zalim.
8Jangan marah, jangan meradang;
jangan gusar — segalanya cuma membawa mudarat.
9Orang yang melakukan kejahatan akan dimusnahkan,
tetapi orang yang berharap kepada TUHAN akan mewarisi bumi.
10Hanya seketika lagi, orang zalim akan lenyap;
malah kamu akan mencari dengan teliti bekas tempatnya, tetapi hapus sama sekali.
11
dan anak cucu mereka diberkati.
27Tinggalkanlah kejahatan, dan lakukan kebaikan;
lalu hiduplah selama-lamanya.
28Kerana TUHAN kasih akan keadilan dan tidak akan meninggalkan umat-Nya yang warak.
Mereka dipeliharakan selama-lamanya,
tetapi keturunan orang zalim akan disingkiri.
29Orang yang benar akan mewarisi tanah ini
dan tinggal di sini selama-lamanya.
30Mulut orang yang benar menuturkan kebijaksanaan,
dan lidahnya bercakap tentang keadilan.
31Hukum Allahnya bertapak dalam hatinya;
kakinya tidak akan tergelincir.
32Orang zalim memerhatikan orang yang benar;
dan cuba membunuhnya;
33TUHAN tidak akan membiarkan orang yang benar di tangan orang zalim
dan tidak akan menghukum orang benar dalam penghakiman.
34Berharaplah kepada TUHAN dan ikuti jalan-Nya.
Maka Dia akan mengangkatmu untuk mewarisi tanah ini;
apabila orang zalim disingkiri,
kamu akan melihatnya.
35Aku telah melihat orang zalim berkuasa besar
dan meluaskan lagi kuasanya seperti dahan-dahan pokok yang subur,
36namun dia lenyap, tiba-tiba dia tiada lagi;
aku mencarinya, tetapi dia tidak mungkin ditemui.
37Perhatikan orang yang tidak bercela, teliti orang yang tulus;
kerana masa hadapannya adalah kesejahteraan.
38Tetapi orang yang ingkar akan dibinasakan bersama-sama;
masa hadapan orang zalim akan dihapuskan.
39Penyelamatan orang yang benar adalah daripada TUHAN;
Dia ialah kekuatan mereka pada waktu kesusahan.
40TUHAN akan menolong dan menyelamatkan mereka;
Dia akan menyelamatkan mereka daripada orang zalim dan memelihara mereka,
kerana mereka berlindung kepada-Nya.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.