1Pada suatu hari, ketika orang tersangat ramai berhimpun dan kehabisan makanan, Yesus memanggil murid-murid-Nya lalu berkata,
2“Aku berbelas kasihan kepada orang ramai ini, sudah tiga hari mereka bersama-Ku, dan sekarang mereka kehabisan makanan.
3Kalau Kusuruh mereka pulang dengan perut kosong, mereka akan pengsan di tengah jalan kerana ada yang datang dari jauh.”
4Para murid Yesus menjawab, “Di tempat terpencil ini, di mana hendak dicari roti yang cukup untuk semua orang ini?”
5Yesus bertanya kepada mereka, “Berapa banyakkah roti yang ada padamu?”
“Tujuh buku,” jawab mereka.
6Yesus menyuruh orang ramai itu duduk di atas tanah. Dia mengambil tujuh buku roti itu dan mengucap syukur. Setelah itu, Dia memecah-mecahkannya dan menghulurkannya kepada murid-murid-Nya untuk dihidangkan. Mereka pun memberikannya kepada orang ramai.
7Mereka juga ada beberapa ekor ikan kecil. Setelah mengucap syukur atasnya, Yesus menyuruh supaya ikan itu dibahagi-bahagikan juga.
8Mereka pun makan sehingga kenyang. Sisa lebihan makanan yang dikumpulkan sebanyak tujuh bakul penuh.
9Bilangan mereka itu kira-kira empat ribu orang. Yesus pun menyuruh mereka pulang.
10Selepas itu, Yesus terus menaiki perahu bersama murid-murid-Nya pergi ke daerah Dalmanuta.
11 memikul salib dan mengikut-Ku.
35Mat 10:39; Luk 17:33; Yoh 12:25.Sesiapa yang mempertahankan hidupnya, akan kehilangan hidupnya. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku dan untuk Injil, akan menyelamatkan hidupnya itu.
36Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia tetapi kehilangan hidupnya?
37Dapatkah hidup itu ditukar dengan apa pun?
38Jika seseorang malu mengakui Aku dan perkataan-Ku dalam kalangan angkatan yang cabul dan berdosa ini, Anak Manusia juga akan malu mengakuinya ketika Dia datang dalam kemuliaan Bapa-Nya diiringi para malaikat suci.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.