1TUHAN, ingatlah akan Daud
dan segala deritanya.
2Betapa dia bersumpah kepada TUHAN
dan berjanji kepada Yang Maha Perkasa, Allah Yakub:
3“Sesungguhnya, aku tidak akan masuk ke bilik rumahku
atau baring di tempat tidurku yang selesa –
4Aku tidak akan membenarkan mataku lena,
atau kelopak mataku lelap,
5hingga aku dapat mencari tempat untuk TUHAN,
tempat kediaman untuk Yang Maha Perkasa, Allah Yakub.”
6
dan biarlah umat-Mu yang warak bersorak bahagia.”
10Untuk kesejahteraan hamba-Mu Daud,
janganlah singkirkan wajah orang yang Kauurapi.
11 2Sam 7:12-16; 1Taw 17:11-14; Mzm 89:3,4; Kis 2:30. TUHAN telah bersumpah dengan benar kepada Daud,
TUHAN tidak akan mungkir: “Aku akan mendudukkan anak-anakmu di atas takhtamu —
12jika anak-anakmu memegang janji-Ku
dan peraturan-Ku yang akan Kuajarkan kepada mereka,
anak-anak mereka juga akan duduk di atas takhtamu selama-lamanya.”
13Kerana TUHAN telah memilih Sion,
Dia telah menghendakinya sebagai tempat kediaman-Nya:
14“Inilah tempat peristirahatan-Ku untuk selama-lamanya;
di sini Aku akan tinggal, kerana Aku menghendakinya —
15Aku akan melimpahkan berkat ke atas sumber makanannya;
Aku akan mengenyangkan orang miskinnya dengan roti.
16Aku juga akan memakaikan imam-imamnya dengan penyelamatan,
dan orangnya yang salih akan bersorak bahagia.
17 1Raj 11:36. Di situ Aku akan membuat tanduk Daud bertumbuh;
Aku akan menyediakan lampu untuk dia yang Kuurapi.
18Musuhnya akan Kumalukan,
tetapi pada dirinya mahkota akan berkekalan.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.