Mazmur 150 - Alkitab Versi Borneo

1Pujilah TUHAN!

Pujilah Allah di tempat suci-Nya;

pujilah Dia dalam langit-Nya yang perkasa.

2Pujilah Dia kerana perbuatan-Nya yang hebat;

pujilah Dia kerana kebesaran-Nya yang unggul.

3Pujilah Dia dengan bunyi sangkakala,

pujilah Dia dengan gambus dan kecapi,

4pujilah Dia dengan tamborin dan tarian,

pujilah Dia dengan alat bertali dan seruling,

5pujilah Dia dengan simbal yang gempita,

pujilah Dia dengan simbal yang gemerencing.

6Setiap yang bernafas, pujilah TUHAN.

Pujilah TUHAN!

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help